fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

  Covid-19 muncul tanpa kita duga. Ia menular dengan sangat pantas. Bukan sedikit yang terjejas. Sejak lockdown 1.0 tahun lepas lagi, banya...

Terpaksa Menganggur 6 Bulan, Mujur Ada Simpanan!

 


Covid-19 muncul tanpa kita duga. Ia menular dengan sangat pantas. Bukan sedikit yang terjejas. Sejak lockdown 1.0 tahun lepas lagi, banyak syarikat gulung tikar. Berapa ramai yang dicutikan tanpa gaji? Bahkan ada yang dipaksa berhenti kerja.


Banyak sektor yang terjejas. Antaranya pelancongan, penerbangan dan perhotelan.


Implikasinya, saban hari kita disajikan dengan berita-berita yang menyedihkan. Ada yang bercerai-berai, ada yang membunuh anak, ada yang terjun bangunan, ada yang terjun jambatan dan sebagainya. Semuanya gara-gara mati akal kerana mata pencarian yang terhenti tiba-tiba.


Insiden ini membuatkan saya terimbau memori silam. Saya juga pernah dibuang kerja secara mengejut.


Pada tahun 2002 selepas habis belajar, saya berkelana ke ibu kota bagi mengintai peluang kerja. Alhamdulillah dengan bantuan seorang sahabat baik, dapatlah saya kerja sebagai jurujual barangan elektrik dan komputer di sebuah pasaraya terkemuka di Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Basic ketika itu ialah RM715.00. Termasuk komsiyen jualan dapatlah secara puratanya RM1,700.00 sebulan.


Bukan main seronok bila dah ada pendapatan sendirikan. Bulan pertama dan kedua, tak tahu ke mana baki gaji. Langsung tak masuk tabung. Sedangkan rumah pun tak payah bayar. Nak bayar ayah kawan saya tu tak terima. (duit saya tak laku kot). Hampir setengah tahun saya menumpang rumah mereka tanpa bayar sewa sesen pun. Tapi saya gantilah dengan beli barang dapur seperti beras, ikan, ayam, sayur, telur dan sebagainya. *Terima kasih Pak Aini dan Fhairuz sekeluarga. Jasa yang tak pernah dilupakan dan akan dikenang sepanjang hayat.


Antara yang saya ingat, gaji pertama beli simkad prepaid celcom RM150 (bukan main mahal lagi starter pack simkad masa tu) dan Nokia 3310 sekenhen. Pergghh…itulah pertama kali ada henfon sendiri.


Memang saya spesis boros. Offday merayap ke KLCC dan shopping sana-sini. Beli baju Padini bla bla. Lumrahlah tu…budak kampung yang naif bila terkena kejutan budaya di kota besar. Tengok bebudak KL melaram, kita pun nak juga. Duit ada. Apa ada hal.


Mujurlah saya sempat sedar. Saya mula berfikir, bagaimana nak menabung dan memastikan tabung tu tak bocor? Lalu saya dapat idea. Saya buka satu lagi akaun bank tapi tanpa kad ATM. Setiap kali gaji, saya akan masukkan hampir 20% gaji ke akaun tanpa kad ATM tersebut. Alhamdulillah strategi tersebut menjadi. Saya lupakan. Saya anggap itu bukan duit saya lagi.


Setelah hampir setahun menjadi jurujual di situ, suatu hari saya dikejutkan dengan berita yang menyedihkan. Akibatnya saya dipecat. (nantilah kita cerita sebab apa ye).


Sudahlah ketika itu saya telah menyewa rumah sendiri. Rasa sangat kecewa. Hidup jadi tak keruan. Blur, murung dan hampir mereng.


Tahu tak berapa lama saya menganggur? Hampir setengah tahun! Adalah saya dapat kerja, tapi tak sesuai. Ada yang saya cuma mampu tahan sehari sahaja. Lepas tu cabut. Pernah juga jadi ejen takaful tapi kelaut. Jual buku di jalanan dan sebagainya.


Nak cerita dekat sini, mujurlah ada forgotten saving tu. Duit itulah saya korek sikit-sikit sebagai survival sepanjang saya bergelar penganggur di KL selama setengah tahun! Nak balik kampung memang taklah. Saya ni jenis tak reti buat kerja kampung. Huhu. Makanlah megi, sardin dan nasi telur kicap hari-hari. Sewa rumah tetap perlu dibayar.


Melalui peristiwa menyayat hati tersebut, saya benar-benar faham betapa pentingnya kita ada simpanan.


Menurut pakar kewangan, setiap orang wajib menyimpan sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan. Manakala kita disarankan mempunyai sekurang-kurangnya simpanan enam bulan gaji sebagai dana kecemasan.


Jika anda belum lagi mempunyai simpanan sebanyak enam bulan gaji, saya cadangkan mulalah dari sekarang. Mak saya pesan, better late than never. Mulai gaji bulan ini, simpanlah 10% darinya. Jika gaji anda RM2,000, simpanlah RM200. Anggaplah gaji anda cuma RM1,800.


“Weh banyak tu… mana aku mampu!” Ok cuba tengok balik expenses anda. Kurangkan mana yang patut. Cuba senaraikan semula manakah yang perlu dan manakah yang mahu? Sebagai contoh, saluran TV berbayar perlukah? Penapis air canggih perlukah? Bil elektrik dan air boleh diminimakan jika kita tahu dan mahu.


Duit kita hari ini bukan untuk bermewah-mewah. Sebaliknya untuk hidup seadanya hari ini dan hari esok yang belum tentu hujan panasnya. Biarlah tidak nampak bergaya, asalkan poket kita kaya.  


Demi matlamat, kekang nafsu berbelanja. Jika tabung kita asyik bocor, selamatkan simpanan kita dengan emas. Tukar forgotten saving kita dalam bentuk emas. InsyaAllah ia kekal bertahan malah senang bertambah. Sebab saya sendiri sudah melalui, merasai dan menikmatinya.


Fauzi Sabri

Gold Saver | Gold Advisor

www.fauzisabri.com


Nak Mula Menyimpan Emas?


Kalau nak saya bantu daftarkan?

klik sini: bit.ly/DaftarKABGold

 

Bimbingan berterusan: bit.ly/NotaEmasFS

#KAB00004842

Ingat emas, segalanya di KAB Gold.

 

- Like | Komen | Follow | Share -

0 Reviews: