fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog
Showing posts with label NOTA WANG. Show all posts

  Hari yang paling menggembirakan bagi orang makan gaji seperti saya ialah hari gaji masuk. Untuk pastikan kegembiraan tu bertahan lama, b...

 


Hari yang paling menggembirakan bagi orang makan gaji seperti saya ialah hari gaji masuk.


Untuk pastikan kegembiraan tu bertahan lama, bila terima duit gaji, saya alihkan sebahagian duit sebagai simpanan paksa dan lupa, selebihnya baru dibelanjakan.


Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih.


Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita. Jadi bayar diri sendiri dulu sebelum membayar orang lain.


Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai dana kecemasan, modal pelaburan dan perbelanjaan penting masa depan.


Bagi gold saver, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk menyimpan emas melalui Uncang Emas KAB Gold. Segram sebulan sudah memadai. Disiplinkan diri yang itu dulu. Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.


Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram. Itu bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan kalis bocor, insyaAllah...


Jika tak mampu 1gram 1bulan, Uncang Emas KAB Gold membenarkan kita untuk menyimpan emas bermula serendah 0.25 gram sahaja. Jika dikira dengan harga emas sekarang, ia sekitar RM60 sahaja.


Tiada komitmen bulanan dan tiada yuran simpanan. Yang penting simpanan tersebut selamat dan patuh Syariah dengan standard kualiti yang tinggi.


Jika sudah cukup gram, terpulang kepada anda mahu keluarkan dalam bentuk emas fizikal seperti gold bar atau dinar. Anda juga boleh membiarkan sahaja gram tersebut meningkat saban bulan di dalam Uncang Emas KAB Gold tanpa dikenakan sebarang caj simpanan. 


Apabila sudah mencapai matlamat tertentu, anda boleh ‘buyback’ untuk ditukarkan gram emas tersebut kepada aset yang lain atau keperluan yang lain.

 

Belum daftar Uncang Emas KAB Gold?

 


Kalau nak saya bantu daftarkan?

klik sini: bit.ly/DaftarKABGold

 

Sertai channel telegram NotaEmas FauziSabri 

untuk bimbingan berterusan. 

Klik sini: NotaEmasFS

#KAB00004842

Ingat emas, segalanya di KAB Gold.

 

- Like | Komen | Follow | Share -

Saya pernah bertanya di FB, ke manakah 6 bulan wang moratorium anda tahun lepas? a) simpan/ labur, b) bayar hutang, c) belanja keperluan, d)...

Saya pernah bertanya di FB, ke manakah 6 bulan wang moratorium anda tahun lepas? a) simpan/ labur, b) bayar hutang, c) belanja keperluan, d) sedekah/infaq, e) ghaib (kena curi toyol).


Di ruangan komen, majoriti jawab e.

Menjadi tabiat kita, apabila ada duit, kita ghairah nak belanja. Lalu, setelah 6 bulan berlalu... kita sukar untuk trace semula ke manakah wang moratorium kita pergi. Takkanlah licin kot? (kecuali jika anda berada dalam kumpulan yang terjejas akibat PKP1.0 tersebut.)

Tetapi itulah hakikatnya. Poket kita hanya transit duit.

Berbeza dengan emas. Bagi mereka yang sudah melalui pengalaman menyimpan emas, mereka dapat merasai auranya.

Ada duit tangan kita gatal nak belanja. Tetapi ada emas, kita sayang dan peluk ketat-ketat tak nak ia berpindah milik. Kita akan ghairah menambah gram setiap bulan!

Tak percaya? Mulakan simpanan emas anda hari ini. Menariknya di Uncang Emas KAB Gold, kita boleh menyimpan emas bermula serendah 0.25 gram!

Tetapi bagi anda yang konsisten menabung 10% daripada pendapatan, maka dicadangkan tukarkan sebahagian wang simpanan itu dalam bentuk emas.

Saya misalnya memperuntukkan RM300 sebulan untuk ditukar dalam bentuk emas. Dapat gaji, saya terus beli 1gram emas tanpa peduli harganya. 1gram1bulan konsisten. Memang auranya berbeza!

#FauziSabri #NotaEmasFS
#KAB00004842

Buka akaun Uncang Emas KAB Gold secara percuma. Klik sini: bit.ly/KABGoldSelfRegister

Nak saya bantu daftarkan? Klik sini:

Lubuk Ilmu Emas: http://t.me/myKABGold

Ingat emas, segalanya ada di KAB Gold.