fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

Sekarang sudah tidak pelik apabila mas kahwin dibayar dalam bentuk dinar oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Sebagai contoh ma...

Tips Emas Bakal Pengantin Wanita


Sekarang sudah tidak pelik apabila mas kahwin dibayar dalam bentuk dinar oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan.

Sebagai contoh mas kahwin sebanyak RM550 dibayar menggunakan 1/2 dinar emas 999 yang juga berharga sekitar RM550.

Di sini saya akan berikan tips yang berguna untuk bakal pengantin perempuan memanfaatkan emas, bukan saja sebagai mas kahwin, tetapi sebagai hantaran, aset, simpanan dan sebagainya.

Tetapkan mas kahwin dan jumlah hantaran dari sejak perkenalan, bertunang atau dari sekarang.

Misal kata, mas kahwin ialah RM550 dan hantaran ialah RM13,000. Maka cari item emas dengan nilai terdekat. 

Sebagai contoh 1/2 dinar (RM550) sebagai mas kahwin dan gold bar 50 gram (RM13,000) sebagai hantaran.

Bakal pengantin perempuan boleh membeli sekarang 2 item tersebut sebagai pelaburan perkahwinan.

Ibu bapa yang mempunyai anak perempuan juga boleh mengambil langkah dengan mula mengumpul emas untuk tujuan tersebut.

Sampai masa untuk berkahwin, bagitahu bakal suami yang anda mahukan 1/2 dinar emas sebagai mas kahwin dan gold bar 50 gram sebagai hantaran.

Bakal suami akan mula merancang untuk membeli 1/2 dinar dan gold bar 50 gram.

Beri tawaran anda kepada bakal suami untuk menjual 1/2 dinar dan gold bar 50 gram tadi pada harga diskaun (samada harga tengah atau harga KAB BUY).

Anda akan mendapat wang tunai hasil jualan. 100% hasil jualan ini adalah untung pelaburan emas anda. Ia boleh digunakan sebagai persediaan untuk majlis perkahwinan.

Apabila selesai majlis akad nikah, 1/2 dinar dan gold bar 50 gram tadi juga akan menjadi milik mutlak anda kerana pemberian dari suami.

Antara manfaat yang akan anda perolehi ialah :

Untung dalam bentuk wang tunai hasil dari jualan emas milik anda kepada bakal suami.

Tidak seperti wang tunai, pengantin perempuan akan mendapat mas kahwin dan hantaran dalam bentuk yang lebih kukuh, kalis inflasi dan bertahan jangka panjang.

Emas asal sebagai modal pelaburan tidak hangus dan hilang.

Wang tunai tadi boleh digunakan untuk menambah gram emas sebagai simpanan dan aset berkualiti tinggi masa depan seisi keluarga. Jangan dibiarkan lama-lama, nanti bocor pula.

Jika ingin membeli kereta atau rumah, emas tadi boleh digadai di arrahnu untuk membayar deposit.

Berbaloi kan kalau simpan emas?

Ustaz Muhammad Khairul Anuar Basri al-Hafiz

CEO KAB Goldynamics Sdn. Bhd.

#KAB

Belum daftar pelanggan KAB Gold?

Daftar pun percuma saja.

Jom layari www.kabgold.my/register

Masukkan Kod Introducer: KAB00004842

Nak saya bantu daftarkan? Klik sini:

Bimbingan berterusan: bit.ly/NotaEmasFS

Sumber pic: www.thevocket.com

1 comment:

  1. Casino Finder (Google Play) Reviews & Demos - Go
    Check Casino Finder (Google gri-go.com Play). A look dental implants at some of the best gambling https://octcasino.com/ sites in the https://tricktactoe.com/ world. They offer a worrione full game library,

    ReplyDelete