KAB Gold adalah syarikat jual beli emas yang sangat menitik beratkan soal kepatuhan syariah dalam urusniaganya. Patuh syariah bukan sekadar sijil, tetapi syariah memandu keseluruhan pengoperasiannya. Berikut disenaraikan keistimewaan KAB GOld.
KAB Gold adalah syarikat jual beli emas yang sangat menitik beratkan soal kepatuhan syariah dalam urusniaganya. Patuh syariah bukan sekadar ...
Keistimewaan KAB Gold
Kenapa perlu jadi wakil jualan KAB Gold? Simpan emas itu baik. Tapi jika mampu, jadi wakil jualan lebih baik. Simpan emas itu menguntungkan....
Promosi Wakil Jualan Dilanjutkan Sehingga 30 Jun 2021
Simpan emas itu baik. Tapi jika mampu, jadi wakil jualan lebih baik.
Simpan emas itu menguntungkan. Tapi jadi wakil jualan itu lebih menguntungkan.
Kenapa begitu ya? Saya senaraikan sebabnya :
1. Dapat insentif atas belian sendiri. Walau dengan hanya belian sendiri sahaja pun, tetap kita dapat insentif. Sesetengah orang panggil cashback. Duit pulangan itu boleh diguna untuk tambah lebih gram emas atau sebagai tujuan lain. Untung bukan?
2. Dapat insentif atas belian kenalan. Sebagai wakil jualan, kita akan memperkenalkan KAB Gold kepada kenalan. Dan kita akan dapat insentif setiap kali kenalan itu buat belian. Untung bukan?
3. Dapat insentif jualan semula. Jika kita berhajat jual emas kepada KAB Gold, kita akan dapat sedikit insentif atas jualan tersebut. Dalam erti kata lain, kita dapat nilai tambah bagi emas yang dijual. Untung bukan?
4. Tiada target sale. Tidak perlu terkejar untuk capai jualan atau capai jumlah kenalan tertentu. Hendak bergerak laju boleh, nak slow dan steady boleh. Sekadar untuk dapat insentif sendiri pun tiada masalah.
5. Dealership kekal seumur hidup. Tiada pembatalan jika tiada belian atau tidak aktif untuk jangka tertentu.
6. Tidak perlu simpan stok. Jika ada stok sendiri adalah satu kelebihan.
7. Sistem yang mudah. Hanya perlu belajar dan sebar ilmu yang betul tentang emas. Seterusnya ajak kenalan berurusniaga dengan KAB Gold.
Bersama KAB Gold, anda berpeluang jana pendapatan pasif seumur hidup insyaAllah.
Begitulah. Untung ke, sangat untung?
Mari jadi wakil jualan. Kelas dan bimbingan disediakan secara percuma! Mari saya bantu.
Pada tahun 2000, segram emas adalah RM35. Maka sekilo emas adalah RM35 ribu. Hari ini 2021, segram emas RM250. Maka sekilo emas bersamaan RM...
Ada Apa Dengan Sekilo Emas?
Pada tahun 2000, segram emas adalah RM35. Maka sekilo emas adalah RM35 ribu. Hari ini 2021, segram emas RM250. Maka sekilo emas bersamaan RM250 ribu!
Saya cuba mengimbau kembali pada tahun 2005. Pada masa itu saya mengeluarkan EPF sebab saya memilih skim pencen. Sampai hari ini saya tak dapat trace ke manakah perginya duit EPF yang saya keluarkan itu.
Rungutan sesalan, "Ermm... kalaulah duit tu dulu aku lekatkan pada emas..."
Ermm... kalau. Semuanya telah berlalu. Pada tahun 2004 purata harga emas segram adalah RM40. EPF saya tidaklah banyak manapun. Sebab saya kerja sekejap je sebelum dapat masuk gomen. Seingat saya dalam RM16,000 jer. Tapi entah ke mana saya belanjakan duit tu pun saya tak tahu.
Walaupun RM16 ribu sahaja tetapi kalau saya beli emas pada masa itu dapat 400 gram tau!
400 gram emas hari ini bernilai... Berapa kawan? RM100,000 beb! Iyer dari RM16 ribu meningkat menjadi RM100 ribu dalam tempoh 17 tahun.
Oklah... Move on. Barang yang lepas usah dikenang.
Bila Saya Sedar Tentang Emas?
Sebenarnya saya telah sedar tentang emas dah lama iaitu sekitar tahun 2006. Pada masa itu saya diarahkan membantu dan mengiringi seorang profesor dalam bidang ekonomi menyampaikan syarahan perdananya di UTM Jalan Semarak, KL.
Saya jadi tukang klik slide beliau.
Semasa syarahannya, Prof Dr Sabariah Md Din ada menerangkan tentang sistem kapitalis yang akan runtuh. Lalu beliau membawakan hadis ini.
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan,
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham.”
(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal)
*sila rujuk nota diakhir artikel ini mengenai status hadis tersebut.
Justeru, menurut Prof Dr Sabariah, sebahagian ulama hanya menghuraikan hadis ini perihal di akhir zaman nanti kebanyakan orang dah tak peduli tentang hal-hal ukhrawi. Hanya pentingkan materialistik, emas dan perak sahaja.
"Tetapi, bagi pandangan ahli ekonomi pula akhir zaman nanti sistem kapitalis itu akan rebah dengan sendirinya. Wang kertas fiat ini sudah tidak relevan. Dah tak laku lagi. Nilainya hanya kertas sahaja. Lalu, hanya dinar dan dirham yang bernilai nanti," tegas beliau.
Bertitik tolak dari situ saya sudah nampak akan kepentingannya kita menyimpan emas. Malangnya, kesedaran ada, tetapi tindakan tiada.
Bilakah Saya Mula Menabung Emas?
Saya hanya mula menyimpan emas segram sebulan pada bulan Ogos 2020 yang lalu. Iaitu ketika harga emas memuncak sehingga RM300 segram. Takpelah... biar lambat asalkan sudah bermula kann.
Anehnya sekarang saya sudah ketagih menyimpan emas. Kalau ikutkan dari bulan Ogos 2020 hingga sekarang April 2021 saya sepatutnya hanya ada 9 gram emas. Tetapi ajaibnya saya kini telah memiliki 4 kali ganda dari gram yang sepatutnya.
Bagaimana ia boleh berlaku? Itulah sangat benar seperti yang digebang dan diwar-warkan oleh otai-otai penyimpan emas tegar.
Mereka selalu bilang,
"Emas ini magnet kekayaan. Bila dah mula menyimpan emas kita akan ketagih dan nafsu membeli benda-benda yang merapu akan kendur dengan sendirinya. Kita jadi orang yang bermatlamat dan asal ada duit lebih, kita akan sambar emas. Kita kecanduan menambah gram emas."
Mentor emas saya pula berpesan, "Murnikan niat. Fokus goal pertama 85 gram supaya kamu boleh membayar zakat emas pertama dalam hidup kamu. Ia suatu pencapaian yang hebat!"
Mula-mula saya bingung juga. Dahulu, antara punca saya tak menyimpan emas adalah kerana takut kena bayar zakat. Tetapi mentor saya ini pelik. Dia bagi pandangan yang kontradik pula.
Akhirnya setelah saya menekuni buku-buku tentang emas dan hikmah zakat barulah saya sedar. Terus tepuk dahi sambil berkata betapa bodohnya saya sebelum ini. Kejahilan yang tersembunyi berdekad lamanya. Jahil murakab!
Alhamdulillah dengan kesedaran dan ilmu yang semakin meningkat, saya kini fokus untuk goal pertama iaitu 85 gram supaya saya mampu mengeluarkan zakat emas!
Ada Apa Dengan Sekilo Emas?
Goal berikutnya? Road to 1000 gram!
Ilmu adalah segala-galanya. Bukan emas yang membuatkan kita kaya tetapi ilmu tentang emas itulah yang mengkayakan kita.
Fauzi Sabri
Jom sertai channel telegram #NotaEmasFS
****************************************************
Jom jadi Gold Advisor KAB Gold. Beli hanya 15 gram Uncang Emas. Setiap pembelian sendiri akan dapat insentif 1%. Setiap pembelian Gold S...
Promosi Wakil Jualan April 2021



Beberapa hari lepas, seorang rakan lama ajak ngeteh. Setelah melihat status wasap dan perkongsian emas di FB saya, dia tertarik dan mengatur...
Kos Sara Hidup Vs Kos Gaya Hidup
Tentulah sesuatu yang rare apabila kita melihat pegawai kerajaan bergred 54 naik kereta Honda City sahaja. Lagi pelik apabila beliau tidak d...
Gred 54 Selamba Memandu Honda City
Ilmu ni saya belajar sendiri secara mutawatir daripada emak saya yang juga pengumpul emas tegar sejak turun temurun daripada arwah nenek say...
8 Sebab Lelaki Kena Tahu, Kenapa Perempuan Suka Simpan Emas
Ilmu ni saya belajar sendiri secara mutawatir daripada emak saya yang juga pengumpul emas tegar sejak turun temurun daripada arwah nenek saya.
1) Hiasan dan wanita tidak dapat dipisahkan
Wanita itu hiasan. Wanita solehah itu pula adalah
sebaik-baik perhiasan.
Sebagaimana isteri itu hiasan bagi suami, emas pula
hiasan yang sinonim dengan orang wanita. Tambahan pulak kalau barang kemas yang
dipakai.
Macam tak lengkap la hidup seorang perempuan kalau
takde emas di badan. Kadang-kadang tu, barang kemas ni dibeli bukan isteri nak
pakai semua pun. Tapi dah fitrahnya wanita memang begitu, suka pada emas.
So, untuk simpan aje pun dah mencukupi. Yang
pentingnya suami kena beli atau galakkan isteri untuk beli emas.
Waktu yang sama, suami pun boleh beli hati dan jiwa
isteri. Senang kalau nak mintak apa-apa nanti.
2) Rasa diri dihargai atas segala pengorbanan
Isteri ni jiwa dia lembut. Dah la macam tu, semua
benda dalam keluarga banyak isteri yang kena uruskan. Semua benda dia nak kena
fikir.
Jaga makan pakai suami, mengandung dan bersalin
anak suami, jaga dan didik anak suami dan uruskan rumahtangga. Pendek kata
semuanya atas kepala si isteri.
Hal ehwal duit dan kewangan keluarga pun isteri
yang akan fikir tau!
Si suami ni kena pandai cari duit je. Si isteri
yang banyak fikir macamana cara nak simpan dan urus duit tu sebaiknya.
Bila suami beli emas untuk isteri, segala penat
lelah tu akan hilang. Sebab penghargaan yang diberi oleh si suami tadi memang
benar-benar bermakna.
Tambah lagi kalau dalam bentuk emas. Tak kira la
barang kemas atau jongkong emas.
3) Harta yang mudah dan murah untuk dikumpul
Isteri tak boleh selamanya bergantung dengan suami.
Masa suami masih hidup atau suami hanya ada kita je sebagai isteri, masa tu
semua benda pun akan jadi milik kita.
Tapi kalau suami dah mati atau dapat pulak bini
muda, semua benda pun dah jadi terhad. Banyak benda isteri mesti uruskan dengan
kudrat sendiri.
Kalau dari awal perkahwinan, isteri dah mula kumpul
emas sebagai simpanan, insyaAllah emas tu nanti boleh tolong isteri di waktu
gawat.
Beli emas la paling mudah dan murah. Boleh beli
sikit-sikit. Sebab dia kira ikut gram. Kalau nak jual pun, urusan mudah dan tak
pening kepala. Ini penting sebab mungkin masa tu suami dah takde untuk tolong
kita.
Nak simpan duit, tak tahan lama pulak. Selalu diri
sendiri belanja atau suami yang pinjam. Tapi lepas tu tak ingat nak bayar.
Sebab itu isteri suka simpan emas. Itu cara paling
senang untuk kekal berduit jangka panjang even dah takde suami sekali pun.
4) Back-up ekonomi keluarga
Orang lelaki ni tahu-tahu aje la. Bila senang lupa anak
isteri. Bila susah, isteri la yang akan jadi tempat dia minta tolong.
So, kalau isteri ada simpan emas, emas tu nanti
boleh jadi back-up ekonomi keluarga. Suami boleh pinjam dulu emas dengan isteri
masa sesak. Masuk pajak gadai. Then bila dah berduit semula, tebus dan
pulangkan balik emas tu kat isteri.
Nak pinjam-pinjam dengan orang lain buat apa kalau
isteri pun boleh tolong kan? Kalau kata la suami tak pulang balik atau tak
bayar balik sekalipun hutangnya dengan isteri, takde la sampai perang dunia ketiga.
Sebab isteri ni penyayang dekat suami dia.
Paling teruk pun mungkin bising mulut je la. Tapi
hatinya sangat sayang kat suaminya.
5) Belanja anak-anak masuk universiti
Yang ni ramai orang tak nampak.
Sebenarnya inilah amalan turun temurun mak-mak dan
nenek-nenek kita. Simpan emas untuk belanja anak masuk universiti.
Biasa kita dengar sekarang, macam-macam hutang dan
pinjaman pendidikan. Nak masuk universiti kena buat hutang. Bila habis mengaji
universiti, sibuk nak bayar hutang pulak.
Sampai pencen pun masih tak habis-habis lagi bayar
hutang. Isteri suka simpan emas. Emas tu gunanya nanti bila anak masuk
universiti la.
Silap haribulan, bukan saja tak payah buat hutang,
belajar pun boleh jadi free tau!
Semuanya berkat si isteri simpan emas.
6) Modal pusingan jika suami dalam kesusahan
Orang perempuan yang suaminya kerja sendiri atau
berniaga memang suka simpan emas kata mak saya.
Sebab apa? Sebab nanti bila suami nak guna duit
untuk modal pusingan, boleh guna emas untuk modal tunai segera.
Mana nak cari orang nak bagi pinjam duit? Kalau
pergi bank nak buat loan sekalipun, bukan semudah A B C bank tu nak bagi kita
hutang kan? Macam-macam hal lagi ada.
So, untung orang lelaki kalau isteri dia ada simpan
emas. Boleh pinjam duit dengan isteri.
7) Persiapan perkahwinan anak-anak
Masa saya kahwin dulu, banyak persiapan kahwin saya
ditanggung oleh mak saya. Maklum sajalah masa tu saya belajar pun belum habis
lagi.
Tapi, saya tak perasan. Saya pernah bagi duit dalam
jumlah yang besar kat mak saya sebelum tu. Saya ingat dia nak belanja dan beli
apa saja barang yang dia nak.
Rupa-rupanya mak saya beli dan simpan dalam bentuk emas. Dia simpan sampai la saya nak kahwin. Dengan emas tu la mak saya masuk pajak gadai sekejal untuk buat belanja kenduri kahwin saya.
Lepas tu slow-slow mak saya kumpul balik duit dan tebus emas tu. Belanja kahwin saya setel, emas pulak tak hilang. Itu yang orang perempuan suka sangat tu.
8) Nilai meningkat secara jangka Panjang
Emas ni takleh lawan la dari sudut nilai.
Beli la harta apa saja, still takleh lawan
kehebatan emas. Harga makin lama makin naik. Harga makin lama makin mahal.
Itu yang orang perempuan suka tu.
Suami? Biasalah... Mak saya cakap, ayah saya memang
anti la mak saya duk simpan emas sikit-sikit ni.
Tapi last sekali kalau nak minta tolong pasal duit,
cari mak saya jugak... Bayangkan dalam masa 20 tahun, harga emas naik
beratus-ratus peratus. Tak masuk akal langsung. Contohnya harga segram emas
RM40 je tahun 2000. Sekarang ni, harga dah mencecah RM240 segram.
Duit KWSP ayah saya habis macam air je. Tapi emas mak saya kekal sampai sekarang. Ayah saya tengok harga emas sekarang terbeliak mata dia. “Kalau beli emas dengan duit KWSP dulu pun bagus jugak”, kata ayah saya.
Mak saya pun jawab la, “oghe ghoyak doh mulo tok
denga. Baso degey”.
Hahaha... padan muka ayah saya.
Itulah 8 sebab yang semua suami kena tahu, kenapa
isteri suka beli dan simpan emas. So, mulai sekarang, suami jangan berkira
kalau isteri minta emas. Tak kira la barang kemas atau gold bar.
Buat baik dengan isteri sekali, isteri akan buat baik dengan kita 100 kali. Tapi kalau kita buat tak baik dengan isteri sekali, dia akan ingat sampai dia mati. Ok? Sebar-sebarkan kat suami sekarang dan tengoklah apa hasilnya nanti.
Ikuti Saya
Di pelbagai platform media sosial yang tersedia