fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

Saya pernah bertanya di FB, ke manakah 6 bulan wang moratorium anda tahun lepas? a) simpan/ labur, b) bayar hutang, c) belanja keperluan, d)...

Poket Kita Hanya Transit Duit

Saya pernah bertanya di FB, ke manakah 6 bulan wang moratorium anda tahun lepas? a) simpan/ labur, b) bayar hutang, c) belanja keperluan, d) sedekah/infaq, e) ghaib (kena curi toyol).


Di ruangan komen, majoriti jawab e.

Menjadi tabiat kita, apabila ada duit, kita ghairah nak belanja. Lalu, setelah 6 bulan berlalu... kita sukar untuk audit semula ke manakah wang moratorium kita pergi. Takkanlah licin kot? (kecuali jika anda berada dalam kumpulan yang terjejas akibat PKP1.0 tersebut.)

Tetapi itulah hakikatnya. Poket kita hanya transit duit.

Berbeza dengan emas. Bagi mereka yang sudah melalui pengalaman menyimpan emas, mereka dapat merasai auranya.

Ada duit tangan kita gatal nak belanja. Tetapi ada emas, kita sayang dan peluk ketat-ketat tak nak ia berpindah milik. Kita akan ghairah menambah gram setiap bulan!

Tak percaya? Mulakan simpanan emas anda hari ini. Menariknya di Uncang Emas KAB Gold, kita boleh menyimpan emas bermula serendah 0.25 gram!

Tetapi bagi anda yang konsisten menabung 10% daripada pendapatan, maka dicadangkan tukarkan sebahagian wang simpanan itu dalam bentuk emas.

Saya misalnya memperuntukkan RM300 sebulan untuk ditukar dalam bentuk emas. Dapat gaji, saya terus beli 1gram emas tanpa peduli harganya. 1gram1bulan konsisten. Memang auranya berbeza!

#FauziSabri #NotaEmasFS
#KAB00004842

Buka Uncang Emas KAB Gold anda hari ini.
Kod Introducer: KAB00004842

Nak saya bantu daftarkan? Klik sini:

Lubuk Ilmu Emas: bit.ly/NotaEmasFS

Ingat emas, segalanya ada di KAB Gold.

0 Reviews: