fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar   adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Beliau menyumbang bakti sebagai Pengerusi Majlis Pe...

Pengerusi KAB Goldynamics Sdn Bhd

Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Beliau menyumbang bakti sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Astana International Financial Centre (AIFC), Kazakhstan, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, First Abu Dhabi Bank (UAE), dan juga Permodalan Nasional Berhad. Beliau memainkan peranan penting sebagai ahli Badan Penasihat Syariah pelbagai institusi kewangan global, antaranya National Bank of Oman (Oman), Amundi Asset Management (Perancis), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London and Middle East (London), BNP Paribas (Bahrain) dan Dow Jones Islamic Market Index (New York). Dalam dunia korporat pula, beliau berperanan sebagai ahli Jawatankuasa Pelaburan PNB selain dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-8.


Di samping itu, beliau juga adalah pengasas bersama (co-founder) Experts Analytics Centre Sdn Bhd dan MyFinB, Pengerusi Berry Pay, KAB Gold Dynamic, Bio Fluid Sdn Bhd, dan Amanie-Afra Halal Capital Co (Bangkok). Di bawah terajunya, Amanie Advisors membuktikan keunggulan sebagai penerima “Anugerah Prasarana Ilmu Ekonomi Islam” semasa Sidang Kemuncak Ekonomi Islam Global di Dubai pada 2015 daripada Raja Dubai, Sheikh Mohamed Rashid Al- Maktoum. Beliau mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah di University of Kuwait pada 1988 dan seterusnya memperoleh Ph.D. dari Uni- versity of St Andrews, United Kingdom pada 1993. Beliau terus menggali ilmu dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens di Universiti Malaya pada 2002.


Permata inteleknya terus menerima pengiktirafan apa- bila buku pertamanya, “Shariah Minds in Islamic Finance: An Inside Story of A Shariah Scholar” (Minda Syariah Kewangan Islam: Kisah Balik Tabir Perspektif Cendekiawan Syariah) muncul sebagai penerima anugerah “Islamic Finance Book of the Year 2016” oleh Majlis Anugerah Kewangan Islam Global (the Global Islamic Finance Award (GIFA) 2016).

0 Reviews: