fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

Pada tahun 2000, segram emas adalah RM35. Maka sekilo emas adalah RM35 ribu. Hari ini 2021, segram emas RM250. Maka sekilo emas bersamaan RM...



Pada tahun 2000, segram emas adalah RM35. Maka sekilo emas adalah RM35 ribu. Hari ini 2021, segram emas RM250. Maka sekilo emas bersamaan RM250 ribu!


Saya cuba mengimbau kembali pada tahun 2005. Pada masa itu saya mengeluarkan EPF sebab saya memilih skim pencen. Sampai hari ini saya tak dapat trace ke manakah perginya duit EPF yang saya keluarkan itu.


Rungutan sesalan, "Ermm... kalaulah duit tu dulu aku lekatkan pada emas..."


Ermm... kalau. Semuanya telah berlalu. Pada tahun 2004 purata harga emas segram adalah RM40. EPF saya tidaklah banyak manapun. Sebab saya kerja sekejap je sebelum dapat masuk gomen. Seingat saya dalam RM16,000 jer. Tapi entah ke mana saya belanjakan duit tu pun saya tak tahu.


Walaupun RM16 ribu sahaja tetapi kalau saya beli emas pada masa itu dapat 400 gram tau!


400 gram emas hari ini bernilai... Berapa kawan? RM100,000 beb! Iyer dari RM16 ribu meningkat menjadi RM100 ribu dalam tempoh 17 tahun.


Oklah... Move on. Barang yang lepas usah dikenang.


Bila Saya Sedar Tentang Emas?

Sebenarnya saya telah sedar tentang emas dah lama iaitu sekitar tahun 2006. Pada masa itu saya diarahkan membantu dan mengiringi seorang profesor dalam bidang ekonomi menyampaikan syarahan perdananya di UTM Jalan Semarak, KL. 


Saya jadi tukang klik slide beliau.


Semasa syarahannya, Prof Dr Sabariah Md Din ada menerangkan tentang sistem kapitalis yang akan runtuh. Lalu beliau membawakan hadis ini.


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan, 

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham.”

(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal) 

*sila rujuk nota diakhir artikel ini mengenai status hadis tersebut.


Justeru, menurut Prof Dr Sabariah, sebahagian ulama hanya menghuraikan hadis ini perihal di akhir zaman nanti kebanyakan orang dah tak peduli tentang hal-hal ukhrawi. Hanya pentingkan materialistik, emas dan perak sahaja.


"Tetapi, bagi pandangan ahli ekonomi pula akhir zaman nanti sistem kapitalis itu akan rebah dengan sendirinya. Wang kertas fiat ini sudah tidak relevan. Dah tak laku lagi. Nilainya hanya kertas sahaja. Lalu, hanya dinar dan dirham yang bernilai nanti," tegas beliau.


Bertitik tolak dari situ saya sudah nampak akan kepentingannya kita menyimpan emas. Malangnya, kesedaran ada, tetapi tindakan tiada.


Bilakah Saya Mula Menabung Emas?

Saya hanya mula menyimpan emas segram sebulan pada bulan Ogos 2020 yang lalu. Iaitu ketika harga emas memuncak sehingga RM300 segram. Takpelah... biar lambat asalkan sudah bermula kann. 


Anehnya sekarang saya sudah ketagih menyimpan emas. Kalau ikutkan dari bulan Ogos 2020 hingga sekarang April 2021 saya sepatutnya hanya ada 9 gram emas. Tetapi ajaibnya saya kini telah memiliki 4 kali ganda dari gram yang sepatutnya.


Bagaimana ia boleh berlaku? Itulah sangat benar seperti yang digebang dan diwar-warkan oleh otai-otai penyimpan emas tegar. 

Mereka selalu bilang, 

"Emas ini magnet kekayaan. Bila dah mula menyimpan emas kita akan ketagih dan nafsu membeli benda-benda yang merapu akan kendur dengan sendirinya. Kita jadi orang yang bermatlamat dan asal ada duit lebih, kita akan sambar emas. Kita kecanduan menambah gram emas."


Mentor emas saya pula berpesan, "Murnikan niat. Fokus goal pertama 85 gram supaya kamu boleh membayar zakat emas pertama dalam hidup kamu. Ia suatu pencapaian yang hebat!"


Mula-mula saya bingung juga. Dahulu, antara punca saya tak menyimpan emas adalah kerana takut kena bayar zakat. Tetapi mentor saya ini pelik. Dia bagi pandangan yang kontradik pula.


Akhirnya setelah saya menekuni buku-buku tentang emas dan hikmah zakat barulah saya sedar. Terus tepuk dahi sambil berkata betapa bodohnya saya sebelum ini. Kejahilan yang tersembunyi berdekad lamanya. Jahil murakab!


Alhamdulillah dengan kesedaran dan ilmu yang semakin meningkat, saya kini fokus untuk goal pertama iaitu 85 gram supaya saya mampu mengeluarkan zakat emas!


Ada Apa Dengan Sekilo Emas?

Goal berikutnya? Road to 1000 gram! 

Ilmu adalah segala-galanya. Bukan emas yang membuatkan kita kaya tetapi ilmu tentang emas itulah yang mengkayakan kita.

Fauzi Sabri

Jom sertai telegram saya Lubuk Ilmu Emas 

klik sini: bit.ly/NotaEmasFS


****************************************************

Ulama hadis menyebut apabila ada hadis dilaporkan oleh Abu Bakar Ibn Abi Maryam (perawi) maka status hadis tersebut adalah lemah (dhaif) kerana perawi tersebut tidak kuat ingatannya. Dalam disiplin Ilmu Hadis, seorang perawi hadis wajib mempunyai ingatan yang kuat bagi membolehkan hadis tersebut mencapai autoriti sahih / hasan. Hadis dhaif tidak boleh dijadikan hujah untuk mengeluarkan hukum. Justeru, hadis ini tidak boleh digunakan melainkan ada autoriti Quran dan Hadis sahih / hasan yang menyebut tentang perkara yang sama.

  Jom jadi Gold Advisor KAB Gold. Beli hanya 15 gram Uncang Emas. Setiap pembelian sendiri akan dapat insentif 1%. Setiap pembelian Gold S...

 


Jom jadi Gold Advisor KAB Gold. Beli hanya 15 gram Uncang Emas.
✅ Setiap pembelian sendiri akan dapat insentif 1%.
✅ Setiap pembelian Gold Saver yang diperkenalkan akan dapat insentif 1%.
✅ Setiap jualan balik emas kepada KAB Gold akan dapat 0.3%.
Promosi bermula hari ini sehingga 30 April 2021.
Jangan lepaskan peluang KEEMASAN ini!

Untuk pertanyaan lanjut, sila whatsapp untuk respon segera.
Klik link di bawah.
- Like | Komen | Follow | Share -


Beberapa hari lepas, seorang rakan lama ajak ngeteh. Setelah melihat status wasap dan perkongsian emas di FB saya, dia tertarik dan mengatur...


Beberapa hari lepas, seorang rakan lama ajak ngeteh. Setelah melihat status wasap dan perkongsian emas di FB saya, dia tertarik dan mengatur pertemuan.

Namun dalam sesi kupi-kupi @ mamak itu, cerita emas sikit jer. Selebihnya saya menadah telinga menjadi pendengar yang setia. Dia meluahkan segalanya. 

Dia yang hadir bersama Civic yang serba lengkap dengan modifikasi dan rim sporty pada mulanya seolah-olah teruja nak tahu tentang emas.

Tetapi bertukar menjadi semacam sesi kaunseling AKPK pula. Ermmm... takpelah. Saya memang lebih suka mendengar. Sememangnya baka introvert seperti saya ini lebih selesa menyerap daripada menyebar.

Lalu terbitlah cerita yang dia ini sedang berdepan bencana kewangan.  Hutang kad kredit yang sudah tak terkawal. Langsung tiada simpanan. Pendek kata sekarang dia sedang korek lubang kambus lubang.

Saya sangat terkejut dan simpati mendengar luahannya. Tapi apa yang boleh saya buat? Apa, kau ingat aku saudagar emas ada berbiliun-biliun ker? Haha.

Alhamdulillah... dia pun faham. Tujuannya bukan nak meminjam wang daripada saya. Cumanya dia tersentak apabila mula membaca blog saya ini tentang simpanan 3 bulan atau 6 bulan gaji sebagai dana kecemasan. Sedangkan dia langsung tiada simpanan malah bajet dia setiap bulan adalah defisit! Ya expenses dia melebihi income yang dia perolehi.

Sejujurnya saya memang terkedu. Sebab saya tak sangka dia begitu. Melihat postingannya di medsos, saya beranggapan dia adalah salah seorang rakan lama kami yang sukses. Kami semua kagum dan cemburu dengannya.

Dekorasi rumahnya menarik. Kereta modifikasi, rim sporty dan isteri yang jelita penampilan ala artis, anak-anak yang dilihat pakaiannya agak stylo serta gambar-gambar percutian keluarga saban tahun dalam dan luar negara.

Tentulah saya speechless. Mula-mula saya tak serius. Bahkan saya gelakkan sahaja apabila dia berkata, yang dia tiada simpanan walaupun RM1,000. Saya langsung tak percaya. Bagi saya itu hanyalah gurauan.

Tetapi setelah sesi berubah menjadi luahan hati ke hati. Dengan riak wajahnya yang sugul dan penuh emosi. Saya eye contact dengan dia. Tajam mata saya meneroka sepasang bola matanya. Yeah... ini bukan sendaan. Tetapi realiti yang perlu dihadapi.

Perjalanan hidupnya berubah setelah PKP1.0! Tiada lagi gaji yang seperti sebelumnya. Tiada lagi bonus 2 atau 3 bulan seperti lazimnya yang dia dapat.

Periuk yang besar ditanak nasi yang banyak beserta kerak yang sangat tebal dan keras.

Nasihat Saya

Cubalah semak semula hutang yang ada. Strukturkan semula. 

Lihat apa keperluan dan apa kemahuan. Saya yang tidak dibebani komitmen ini pun tiada hutang penapis air canggih, tiada bil langganan tv berbayar, tiada netflix dan tiada juga internet di rumah. Bil utiliti saya hanyalah air dan api sahaja.

"Jika kamu boleh potong yang ini, saya yakin kamu boleh start menabung."

Dia mengangguk dan tanpa diminta mula bercerita tentang penapis air rumahnya yang perlu dibayar RM150 sebulan selama 5 tahun. Saya hanya meleret senyum sambil mengangkat kening sebelah.

Saya menambah, adakah itu keperluan? Dia diam. Lalu saya kata, berkurun-kurun sudah nenek moyang kita dahulu hidup sihat dan kuat dengan meminum air paip yang dimasak.

Just imagine. RM150 darab 12 darab 5. Berapa? Jika kamu menabung RM150 sebulan, selepas 5 tahun, kamu akan ada tabungan sebanyak RM9,000.00. Sedar tak penapis air canggih kamu itu bernilai hampir 10K? Dan kerana ia juga bil elektrik kamu melambung tinggi. 

Di hujung pertemuan, saya sempat menitipkan sedikit nasihat. 

Pertama ubah gaya hidup. Kos sara hidup di Malaysia tidaklah terlalu tinggi berbanding negara maju yang lain. Yang mahal adalah kos gaya hidup.

Kedua, carilah sumber pendapatan kedua. Contohnya, jika ada modal jadilah wakil jualan KAB Gold. Lantas saya mengajar dia bagaimana nak jadi gold saver yang berjaya. Jadilah gold saver + gold advisor. 

Simpan emas lalu mengajak orang menyimpan emas. Maka anda akan dapat manfaat berganda.

Tak perlu salahkan sesiapa. Fokuslah kepada apa yang dalam kawalan kita. 

Langkah pertama, jom sertai saya di telegram. klik sini: bit.ly/NotaEmasFS

Fauzi Sabri
#Penapoji

Tentulah sesuatu yang rare apabila kita melihat pegawai kerajaan bergred 54 naik kereta Honda City sahaja. Lagi pelik apabila beliau tidak d...



Tentulah sesuatu yang rare apabila kita melihat pegawai kerajaan bergred 54 naik kereta Honda City sahaja. Lagi pelik apabila beliau tidak dibebani komitmen yang tinggi. Anak hanya seorang dan isterinya adalah seorang guru yang saya kira mungkin sudah DG48 atau 52.

Tetapi beliau ini memang aneh. Sangat pemurah. Tidak berkira dan bab kedai makan mana yang sedap kami akan refer beliau. Makna kata bab kedai makan yang enak, beliaulah rujukan kami. Sebab, antara aktiviti hujung minggu beliau adalah jalan-jalan cari makan.

Hidupnya kelihatan sangat simple. Tatkala pegawai gred di bawah bergaya dengan Civic, HRV, X50, Estima malah Vellfire juga, beliau setia bersama Honda Citynya sehingga pencen.

Beliau sedikitpun tidak rasa tercabar. Saya fikir beliau tegar dengan prinsip dan fokus hidupnya. Lalu apabila dicabar, beliau hanya mampu menguntumkan senyuman.

Banyak perkara yang saya belajar daripada beliau ini. Bukan sekadar setia menadah telinga mendengar bait-bait kata nasihat yang terbit daripada mulutnya, bahkan saya mengambil iktibar daripada pesona lakunya juga.

Seorang yang humble, sentiasa kelihatan tenang dan selalu belanja kawan-kawan. Jarang-jarang kita dapat belanja beliau. Selalu sahaja duit kita disahkan tak laku ketika di kaunter.

Kadangkala ada juga saya cuba provok beliau. 

"Tuan ni kalau nak pakai Vellfire atau Alphard rasanya lebih daripada mampu. Bukan ada banyak komitmen pun. Anak pun sorang jer dan wife pun seorang jer dan bekerja juga," soal saya.

"Hishhh... tak naklah ana tambah hutang. Susah kalau ana nak bersara awal nanti. Sekarang ni ana fikir macam mana nak cepat habiskan hutang jer," jawabnya bersahaja.


Saya simpulkan yang beliau ini adalah teladan pengamal hidup minimalis yang sukses. Hari ini beliau sudah bergelar Yang Bersara. 

Beliaulah orang pertama yang membeli Kurma Premium Gred VIP saya. COD dan janji temu di Seremban Gateway. Sekali lagi saya dijamu makan malam di Rumah Makan Cibiuk. 

Beliau menghulurkan note RM100. Saya nak pulangkan baki RM5, beliau tolak dan berkata itu kos delivery enta. Selang sehari beliau whatsapp pula minta poskan Kurma Ajwa Premium sekilo ke rumahnya di KL.

Kesimpulannya, kekayaan itu apa yang kita rasa, bukan apa yang orang kata. Kaya itu mulia. Sementara kelihatan mewah itu belum tentu kaya. Terlalu banyak kemewahan palsu di sekeliling kita. Mewah dengan hutang. Sedangkan kaya yang sebenar tak perlu mewah. Praktik hidup minimalis itu sunnah!

Fauzi Sabri
#PenaPoji

Nak mula belajar ilmu emas? 
Jemput join telegram saya. 
klik sini: 

Ilmu ni saya belajar sendiri secara mutawatir daripada emak saya yang juga pengumpul emas tegar sejak turun temurun daripada arwah nenek say...



Ilmu ni saya belajar sendiri secara mutawatir daripada emak saya yang juga pengumpul emas tegar sejak turun temurun daripada arwah nenek saya.

 

1) Hiasan dan wanita tidak dapat dipisahkan

 

Wanita itu hiasan. Wanita solehah itu pula adalah sebaik-baik perhiasan.

Sebagaimana isteri itu hiasan bagi suami, emas pula hiasan yang sinonim dengan orang wanita. Tambahan pulak kalau barang kemas yang dipakai.

 

Macam tak lengkap la hidup seorang perempuan kalau takde emas di badan. Kadang-kadang tu, barang kemas ni dibeli bukan isteri nak pakai semua pun. Tapi dah fitrahnya wanita memang begitu, suka pada emas.

 

So, untuk simpan aje pun dah mencukupi. Yang pentingnya suami kena beli atau galakkan isteri untuk beli emas.

 

Waktu yang sama, suami pun boleh beli hati dan jiwa isteri. Senang kalau nak mintak apa-apa nanti.

 

2) Rasa diri dihargai atas segala pengorbanan

 

Isteri ni jiwa dia lembut. Dah la macam tu, semua benda dalam keluarga banyak isteri yang kena uruskan. Semua benda dia nak kena fikir.

 

Jaga makan pakai suami, mengandung dan bersalin anak suami, jaga dan didik anak suami dan uruskan rumahtangga. Pendek kata semuanya atas kepala si isteri.

 

Hal ehwal duit dan kewangan keluarga pun isteri yang akan fikir tau!

Si suami ni kena pandai cari duit je. Si isteri yang banyak fikir macamana cara nak simpan dan urus duit tu sebaiknya.

 

Bila suami beli emas untuk isteri, segala penat lelah tu akan hilang. Sebab penghargaan yang diberi oleh si suami tadi memang benar-benar bermakna.

 

Tambah lagi kalau dalam bentuk emas. Tak kira la barang kemas atau jongkong emas.

 

3) Harta yang mudah dan murah untuk dikumpul

 

Isteri tak boleh selamanya bergantung dengan suami. Masa suami masih hidup atau suami hanya ada kita je sebagai isteri, masa tu semua benda pun akan jadi milik kita.

 

Tapi kalau suami dah mati atau dapat pulak bini muda, semua benda pun dah jadi terhad. Banyak benda isteri mesti uruskan dengan kudrat sendiri.

 

Kalau dari awal perkahwinan, isteri dah mula kumpul emas sebagai simpanan, insyaAllah emas tu nanti boleh tolong isteri di waktu gawat.

 

Beli emas la paling mudah dan murah. Boleh beli sikit-sikit. Sebab dia kira ikut gram. Kalau nak jual pun, urusan mudah dan tak pening kepala. Ini penting sebab mungkin masa tu suami dah takde untuk tolong kita.

 

Nak simpan duit, tak tahan lama pulak. Selalu diri sendiri belanja atau suami yang pinjam. Tapi lepas tu tak ingat nak bayar.


Sebab itu isteri suka simpan emas. Itu cara paling senang untuk kekal berduit jangka panjang even dah takde suami sekali pun.

 

4) Back-up ekonomi keluarga

 

Orang lelaki ni tahu-tahu aje la. Bila senang lupa anak isteri. Bila susah, isteri la yang akan jadi tempat dia minta tolong.

 

So, kalau isteri ada simpan emas, emas tu nanti boleh jadi back-up ekonomi keluarga. Suami boleh pinjam dulu emas dengan isteri masa sesak. Masuk pajak gadai. Then bila dah berduit semula, tebus dan pulangkan balik emas tu kat isteri.

 

Nak pinjam-pinjam dengan orang lain buat apa kalau isteri pun boleh tolong kan? Kalau kata la suami tak pulang balik atau tak bayar balik sekalipun hutangnya dengan isteri, takde la sampai perang dunia ketiga. Sebab isteri ni penyayang dekat suami dia.

 

Paling teruk pun mungkin bising mulut je la. Tapi hatinya sangat sayang kat suaminya.

 

5) Belanja anak-anak masuk universiti

 

Yang ni ramai orang tak nampak.

 

Sebenarnya inilah amalan turun temurun mak-mak dan nenek-nenek kita. Simpan emas untuk belanja anak masuk universiti.

 

Biasa kita dengar sekarang, macam-macam hutang dan pinjaman pendidikan. Nak masuk universiti kena buat hutang. Bila habis mengaji universiti, sibuk nak bayar hutang pulak.

 

Sampai pencen pun masih tak habis-habis lagi bayar hutang. Isteri suka simpan emas. Emas tu gunanya nanti bila anak masuk universiti la.

 

Silap haribulan, bukan saja tak payah buat hutang, belajar pun boleh jadi free tau!

 

Semuanya berkat si isteri simpan emas.

 

6) Modal pusingan jika suami dalam kesusahan

 

Orang perempuan yang suaminya kerja sendiri atau berniaga memang suka simpan emas kata mak saya.

 

Sebab apa? Sebab nanti bila suami nak guna duit untuk modal pusingan, boleh guna emas untuk modal tunai segera.

 

Mana nak cari orang nak bagi pinjam duit? Kalau pergi bank nak buat loan sekalipun, bukan semudah A B C bank tu nak bagi kita hutang kan? Macam-macam hal lagi ada.

 

So, untung orang lelaki kalau isteri dia ada simpan emas. Boleh pinjam duit dengan isteri.

 

7) Persiapan perkahwinan anak-anak

 

Masa saya kahwin dulu, banyak persiapan kahwin saya ditanggung oleh mak saya. Maklum sajalah masa tu saya belajar pun belum habis lagi.

 

Tapi, saya tak perasan. Saya pernah bagi duit dalam jumlah yang besar kat mak saya sebelum tu. Saya ingat dia nak belanja dan beli apa saja barang yang dia nak.


Rupa-rupanya mak saya beli dan simpan dalam bentuk emas. Dia simpan sampai la saya nak kahwin. Dengan emas tu la mak saya masuk pajak gadai sekejal untuk buat belanja kenduri kahwin saya. 


Lepas tu slow-slow mak saya kumpul balik duit dan tebus emas tu. Belanja kahwin saya setel, emas pulak tak hilang. Itu yang orang perempuan suka sangat tu.

 

8) Nilai meningkat secara jangka Panjang

 

Emas ni takleh lawan la dari sudut nilai.

 

Beli la harta apa saja, still takleh lawan kehebatan emas. Harga makin lama makin naik. Harga makin lama makin mahal.

 

Itu yang orang perempuan suka tu.

 

Suami? Biasalah... Mak saya cakap, ayah saya memang anti la mak saya duk simpan emas sikit-sikit ni.

 

Tapi last sekali kalau nak minta tolong pasal duit, cari mak saya jugak... Bayangkan dalam masa 20 tahun, harga emas naik beratus-ratus peratus. Tak masuk akal langsung. Contohnya harga segram emas RM40 je tahun 2000. Sekarang ni, harga dah mencecah RM240 segram.

 

Duit KWSP ayah saya habis macam air je. Tapi emas mak saya kekal sampai sekarang. Ayah saya tengok harga emas sekarang terbeliak mata dia. “Kalau beli emas dengan duit KWSP dulu pun bagus jugak”, kata ayah saya.

 

Mak saya pun jawab la, “oghe ghoyak doh mulo tok denga. Baso degey”.


Hahaha... padan muka ayah saya.

 

Itulah 8 sebab yang semua suami kena tahu, kenapa isteri suka beli dan simpan emas. So, mulai sekarang, suami jangan berkira kalau isteri minta emas. Tak kira la barang kemas atau gold bar.


Buat baik dengan isteri sekali, isteri akan buat baik dengan kita 100 kali. Tapi kalau kita buat tak baik dengan isteri sekali, dia akan ingat sampai dia mati. Ok? Sebar-sebarkan kat suami sekarang dan tengoklah apa hasilnya nanti.

 

CEO #KAB


FREE self register KAB Gold:


Pertanyaan:

 

Dinar berbentuk bulat. Berat 1 dinar ialah 4.25gram. Ketulenannya pula 999.9   Ramai suka mengumpul dinar kerana bentuk seperti syiling....



Dinar berbentuk bulat. Berat 1 dinar ialah 4.25gram. Ketulenannya pula 999.9

 

Ramai suka mengumpul dinar kerana bentuk seperti syiling. Jika di simpan dalam uncang, terasa seperti hidup di zaman dahulu kala. Di mana dinar digunakan sebagai mata wang.

 

Pernah tonton cerita Ali Baba? Wang emas menjadi mata wang. Seronok Ali Baba mengira wang emasnya menggunakan cupak. Hingga terpaksa ubah cara berjalan kerana sudah kaya.

 

Jika ada secupak emas di zaman ini, pasti anda seorang kaya raya. Nak ada secupak wang emas haruslah bermula dengan 1 dinar dahulu. Ayuh mulakan target simpanan 1 dinar.

 


Kenapa Ramai Suka Kumpul Dinar?

Antara sebabnya dinar ini boleh dijadikan penanda aras mudah untuk ibadah muslim.

Apabila kita ada 1 dinar, nilainya sama dengan seekor kambing. Nilainya mencukupi untuk kita laksanakan ibadah akikah.

Apabila kita ada 5 dinar, nilainya sama dengan seekor lembu. Nilainya mencukupi untuk kita laksanakan ibadah qurban.

Apabila kita ada 10 dinar, nilainya mencukupi untuk kita laksanakan ibadah umrah. 


Apabila kita ada 20 dinar, nilainya mencukupi untuk kita laksanakan ibadah Haji.

Apabila kita ada 20 dinar juga, nilainya mencukupi menjadikan kita sebagai orang kaya dan membolehkan kita laksanakan ibadah Zakat.


Sampai masanya, ar-rahnukan / jualkan dinar tersebut untuk kita melaksanakan ibadah yang dituntut dalam Islam.

Jom jangan lepaskan peluang ini. Boleh miliki 1 dinar dengan harga mampu milik.


FREE self register:
bit.ly/KABGoldSelfRegister
bit.ly/KABGoldSelfRegister
bit.ly/KABGoldSelfRegister


Pertanyaan:
http://wasap.my/60173276997/KABGoldInfo



  Itu prinsip yang saya nak guna pakai dalam bisnes KAB Goldynamics Sdn. Bhd. dari awal hingga akhir. Supaya akhirnya semua yang terlibat de...

 


Itu prinsip yang saya nak guna pakai dalam bisnes KAB Goldynamics Sdn. Bhd. dari awal hingga akhir. Supaya akhirnya semua yang terlibat dengan urusniaga di KAB Gold bukan sahaja dapat yakin dengan sah, batal, halal dan haram dalam urusniaga emas tetapi juga dapat menjana pahala yang membawa kita semua ke syurga.

Antara usaha yang saya buat sendiri untuk mencapai matlamat tersebut ialah berguru dengan pakar dalam bidang yang berkaitan dengan emas.

Saya nak KAB Gold mempunyai produk yang disahkan patuh Syariah.

Saya nak KAB Gold mempunyai operasi yang disahkan patuh Syariah.

Saya nak KAB Gold mempunyai sistem IT dan website yang disahkan patuh Syariah.

Nanti KAB Gold akan ada koleksi fatwanya sendiri.

Nanti KAB Gold akan ada SOP patuh Syariahnya sendiri.

Nanti KAB Gold akan jadi benchmark kepatuhan Syariah kepada mana-mana kedai dan syarikat jual beli emas.

Ini bukan kerja sehari. Ini kerja sepanjang masa.

Ini bukan sekadar suka-suka berniaga. Ini tanggungjawab ilmu dan agama.

Saya mohon semua doakan saya nak capai misi ini. Saya mohon semua doakan KAB Gold kuat untuk jadi contoh buat semua.

CEO KAB


Jom jadi pelanggan KAB Gold. Daftar percuma sahaja. Klik sini: bit.ly/KABGoldSelfRegister

Jemput join telegram Lubuk Ilmu Emas klik sini: bit.ly/NotaEmasFS utk bimbingan berterusan.

Sejak sekian lama, saya telah menekuni setiap perkongsian di blog Tuan Mohd Zulkifli Shafie di mohdzulkifli.com . Sejujurnya, melalui tulisa...


Sejak sekian lama, saya telah menekuni setiap perkongsian di blog Tuan Mohd Zulkifli Shafie di mohdzulkifli.com. Sejujurnya, melalui tulisan beliaulah saya mula insaf dan sedar akan hakikat tujuan hidup ini.

Melalui perkongsian kisahnya, saya terinspirasi. Setiap artikel tulisannya benar-benar membekas di jiwa.

Ibu segala artikel yang membuatkan mindset saya berubah ialah Hidup Di Bawah Paras Kemampuan. Melaluinya saya berupaya mengekang nafsu boros yang liar.

Pernah saya timbul keinginan untuk memiliki Iphone melalui pakej langganan bulanan telco. Saya dah buat kiraan dan memang mampu. Tetapi sebelum bertindak ke arah itu, saya segera membuka blog beliau dan menekuninya kembali.

Ajaibnya sejurus itu nafsu memiliki iphone secara berhutang itu lenyap begitu sahaja. Saya tukar kepada henfon baharu juga tetapi beli cash harga bawah RM1,000. Saya tiada rekod memiliki henfon di atas 1K.

Sukan Itu Murah, Yang Mahal Gayanya!

Saya pernah jugalah merasa subsribe gym. Bukan sebarang gym tetapi Selebriti Pitnes selama setahun. Sebulan yuran langganannya adalah RM165. Darablah 12 bulan sama dengan RM1,980.00. 

Jika saya menabung? Saya sudah dapat lebih daripada 1 dinar emas.

Kemudian sebelum itu saya ni kira kaki hiking jugalah. Gunung Datuk, Angsi, Hantu Berembun. Sampailah ke Berekeh di Sungai Siput Perak, Gunung Papulut di Gerik dan beberapa lagi yang saya tidak ingat. Bila lutut dah mula longgar dan meletup-letup, saya pun bersara wajiblah. Haha.

Sukan Zero Modal

Melalui perkongsian Tuan Zulkifli, bersenam atau bersukan dengan tujuannya untuk fit dan sihat sebenarnya zero modal. Sungguh! Kita boleh mencapai objektif tersebut dengan tanpa keluar sesen pun!

Orang pergi gym, kita pun nak pergi. Trend orang kayuh basikal kita pun terikut. Itu sukan yang perlukan wang. Tetapi matlamatnya sama dan boleh dicapai dengan bersenam tanpa modal.

Bahkan, bukan sahaja tanpa modal tetapi juga hampir tiada risiko!

Apa sukannya itu? Joging atau brisk walk di taman rekreasi atau di sekeliling kediaman sendiri. Bahkan di kebanyakan kawasan riadah awam tersedia outdoor gym yang percuma.


Saya begitu teruja dengan perkongsian beliau itu. Tepat sekali. Bukan sahaja risiko rendah, malah pilihan beliau itu tak perlukan modal.

Saya biasa mendengar kisah kawan-kawan cycling ni. Ada yang jatuh kemalangan patah bahu. Basikal pula total lost. Bahkan ada yang maut juga. Memang high risk apabila anda memilih menunggang basikal yang berkongsi jalan dengan kenderaan jentera lain.

Ada pula yang sanggup berhutang semata-mata ingin memiliki basikal bernilai belasan ribu. Seronok berkayuhan bersama rakan-rakan sambil singgah jalan-jalan cari makan di hujung minggu. Kemudian bila trend itu surut, atau dia sendiri dah tak larat, basikal belasan ribu itu tersadai.

Tidaklah menjadi kesalahan bagi mereka yang mampu. Bahkan tulisan ini bukanlah suatu kondeman. Cumanya seperti apa yang dikongsikan Tuan Zulkifli, kita buatlah pilihan sendiri. Hidup ini pilihan. Kita bebas memilih. Tetapi kita tidak bebas memilih kesan daripada pilihan kita itu.

Amat malang bagi mereka yang beralasan tak cukup wang untuk menabung, tetapi dalam masa yang sama mereka sanggup berhabisan wang yang banyak untuk membiayai gaya sukan.

Walhal kita boleh sahaja bersukan tanpa modal, sekali gus dapat mengalihkan wang tersebut ke dalam tabung simpanan!

Fauzi Sabri
#PenaPoji

Saya sudah mula menyimpan. Tetapi tabung saya selalu bocor. Macam mana nak buat? Saya simpan sikit-sikit tapi tak sampai setahun saya korek balik sebab geram tengok sale di lajada dan coppi?

Apa kata cuba simpan dalam bentuk emas pula. 
InsyaAllah simpanan itu kekal bertahan dan senang bertambah.

Nak tahu lebih lanjut? Jom daftar sekarang.


Bimbingan berterusan di bit.ly/NotaEmasFS

Like | Komen | Follow | Share