fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

Pada tahun 2000, segram emas adalah RM35. Maka sekilo emas adalah RM35 ribu. Hari ini 2021, segram emas RM250. Maka sekilo emas bersamaan RM...

Ada Apa Dengan Sekilo Emas?



Pada tahun 2000, segram emas adalah RM35. Maka sekilo emas adalah RM35 ribu. Hari ini 2021, segram emas RM250. Maka sekilo emas bersamaan RM250 ribu!


Saya cuba mengimbau kembali pada tahun 2005. Pada masa itu saya mengeluarkan EPF sebab saya memilih skim pencen. Sampai hari ini saya tak dapat trace ke manakah perginya duit EPF yang saya keluarkan itu.


Rungutan sesalan, "Ermm... kalaulah duit tu dulu aku lekatkan pada emas..."


Ermm... kalau. Semuanya telah berlalu. Pada tahun 2004 purata harga emas segram adalah RM40. EPF saya tidaklah banyak manapun. Sebab saya kerja sekejap je sebelum dapat masuk gomen. Seingat saya dalam RM16,000 jer. Tapi entah ke mana saya belanjakan duit tu pun saya tak tahu.


Walaupun RM16 ribu sahaja tetapi kalau saya beli emas pada masa itu dapat 400 gram tau!


400 gram emas hari ini bernilai... Berapa kawan? RM100,000 beb! Iyer dari RM16 ribu meningkat menjadi RM100 ribu dalam tempoh 17 tahun.


Oklah... Move on. Barang yang lepas usah dikenang.


Bila Saya Sedar Tentang Emas?

Sebenarnya saya telah sedar tentang emas dah lama iaitu sekitar tahun 2006. Pada masa itu saya diarahkan membantu dan mengiringi seorang profesor dalam bidang ekonomi menyampaikan syarahan perdananya di UTM Jalan Semarak, KL. 


Saya jadi tukang klik slide beliau.


Semasa syarahannya, Prof Dr Sabariah Md Din ada menerangkan tentang sistem kapitalis yang akan runtuh. Lalu beliau membawakan hadis ini.


Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan, 

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham.”

(Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal) 

*sila rujuk nota diakhir artikel ini mengenai status hadis tersebut.


Justeru, menurut Prof Dr Sabariah, sebahagian ulama hanya menghuraikan hadis ini perihal di akhir zaman nanti kebanyakan orang dah tak peduli tentang hal-hal ukhrawi. Hanya pentingkan materialistik, emas dan perak sahaja.


"Tetapi, bagi pandangan ahli ekonomi pula akhir zaman nanti sistem kapitalis itu akan rebah dengan sendirinya. Wang kertas fiat ini sudah tidak relevan. Dah tak laku lagi. Nilainya hanya kertas sahaja. Lalu, hanya dinar dan dirham yang bernilai nanti," tegas beliau.


Bertitik tolak dari situ saya sudah nampak akan kepentingannya kita menyimpan emas. Malangnya, kesedaran ada, tetapi tindakan tiada.


Bilakah Saya Mula Menabung Emas?

Saya hanya mula menyimpan emas segram sebulan pada bulan Ogos 2020 yang lalu. Iaitu ketika harga emas memuncak sehingga RM300 segram. Takpelah... biar lambat asalkan sudah bermula kann. 


Anehnya sekarang saya sudah ketagih menyimpan emas. Kalau ikutkan dari bulan Ogos 2020 hingga sekarang April 2021 saya sepatutnya hanya ada 9 gram emas. Tetapi ajaibnya saya kini telah memiliki 4 kali ganda dari gram yang sepatutnya.


Bagaimana ia boleh berlaku? Itulah sangat benar seperti yang digebang dan diwar-warkan oleh otai-otai penyimpan emas tegar. 

Mereka selalu bilang, 

"Emas ini magnet kekayaan. Bila dah mula menyimpan emas kita akan ketagih dan nafsu membeli benda-benda yang merapu akan kendur dengan sendirinya. Kita jadi orang yang bermatlamat dan asal ada duit lebih, kita akan sambar emas. Kita kecanduan menambah gram emas."


Mentor emas saya pula berpesan, "Murnikan niat. Fokus goal pertama 85 gram supaya kamu boleh membayar zakat emas pertama dalam hidup kamu. Ia suatu pencapaian yang hebat!"


Mula-mula saya bingung juga. Dahulu, antara punca saya tak menyimpan emas adalah kerana takut kena bayar zakat. Tetapi mentor saya ini pelik. Dia bagi pandangan yang kontradik pula.


Akhirnya setelah saya menekuni buku-buku tentang emas dan hikmah zakat barulah saya sedar. Terus tepuk dahi sambil berkata betapa bodohnya saya sebelum ini. Kejahilan yang tersembunyi berdekad lamanya. Jahil murakab!


Alhamdulillah dengan kesedaran dan ilmu yang semakin meningkat, saya kini fokus untuk goal pertama iaitu 85 gram supaya saya mampu mengeluarkan zakat emas!


Ada Apa Dengan Sekilo Emas?

Goal berikutnya? Road to 1000 gram! 

Ilmu adalah segala-galanya. Bukan emas yang membuatkan kita kaya tetapi ilmu tentang emas itulah yang mengkayakan kita.

Fauzi Sabri

Jom sertai channel telegram #NotaEmasFS


****************************************************

Ulama hadis menyebut apabila ada hadis dilaporkan oleh Abu Bakar Ibn Abi Maryam (perawi) maka status hadis tersebut adalah lemah (dhaif) kerana perawi tersebut tidak kuat ingatannya. Dalam disiplin Ilmu Hadis, seorang perawi hadis wajib mempunyai ingatan yang kuat bagi membolehkan hadis tersebut mencapai autoriti sahih / hasan. Hadis dhaif tidak boleh dijadikan hujah untuk mengeluarkan hukum. Justeru, hadis ini tidak boleh digunakan melainkan ada autoriti Quran dan Hadis sahih / hasan yang menyebut tentang perkara yang sama.

0 Reviews: