fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri   adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd. Beliau juga adalah pemilik Kum...

Ketua Pegawai Eksekutif KAB Goldynamics Sdn Bhd


Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd. Beliau juga adalah pemilik Kumpulan Syarikat KAB iaitu KAB Media, KAB Foods and Beverages, Pertubuhan KAB dah Koperasi KAB. Selain menguruskan pernia- gaan sendiri, beliau juga aktif dalam bidang kepenasihatan Syariah. Ini kerana beliau adalah Penasihat Syariah yang disahkan oleh Persatuan Penasihat Syariah bagi Kewangan Islam Malaysia (ASAS). Kini beliau adalah Ahli Majlis Penasihat Syariah, Sumitomo Mitsui Banking Corporation (Malaysia) Berhad dan Kope- rasi Dagang Emas (Pulau Pinang) Berhad.

Pada waktu yang sama, beliau adalah Penasihat Syariah Elhajj Products Sdn. Bhd. dan Orpheus Capital Sdn. Bhd. Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Koperasi Muslimin (Malaysia) Berhad, Timbalan Presiden Pematuhan Syariah, BNP Paribas (Malaysia) Berhad, Pengurus Kanan Syariah, CIMB Islamik (Malaysia) Berhad, Ketua Syariah, HSBC Amanah (Malaysia) Berhad dan Penolong Pengurus Syariah, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad. Terkenal sebagai Motivator Al-Quran, beliau pernah merakamkan bacaan Al-Quran 30 Juzuk dan diiktiraf oleh Lujnah Pentashih Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. Ia masih kekal sehingga ke hari ini sebagai yang pertama dan satu-satunya di dunia bacaan qari dari Malaysia.

Penglibatan beliau selama 8 tahun sebagai Million Dollar Master Dealer di salah sebuah syarikat emas terkemuka di Malaysia sejak tahun 2013, menjadikan beliau teramat mahir dengan dunia perniagaan emas. Selain daripada Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat, Darul Quran (JAKIM) beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Perbandingan Undang-Undang Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Ijazah Sarjana Muda Undang; kesemuanya daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sehingga hari ini, beliau telah menghasilkan 5 buah buku iaitu Travelog Huffaz : Mengapa Aku Menghafaz Al- Quran (2017), Kaya Dengan Emas (2019), Emas dan Syariah: Ilmu Tersurat dan Tersirat (2019), Umrah Mudah Sungguh (2019) dan Buat Duit Dengan ConsuMerchant : Rahsia Kaya Tanpa Modal (2019)


0 Reviews: