fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog
Showing posts with label KAB GOLD. Show all posts

KAB Gold adalah syarikat jual beli emas yang sangat menitik beratkan soal kepatuhan syariah dalam urusniaganya. Patuh syariah bukan sekadar ...



KAB Gold adalah syarikat jual beli emas yang sangat menitik beratkan soal kepatuhan syariah dalam urusniaganya. Patuh syariah bukan sekadar sijil, tetapi syariah memandu keseluruhan pengoperasiannya. Berikut disenaraikan keistimewaan KAB GOld.

1. 100% milik orang Islam.
2. Patuh Syariah tahap tertinggi.
3. Telus.
4. Daftar percuma.
5. Daftar tak beli pun tak apa.
6. Daftar tak beli tak expired.
7. Produk gold bar 0.5 gram, 1 gram, 5 gram dan 10 gram.
8. Produk dinar 1/2 dinar dan 1 dinar.
9. Produk Uncang Emas.
10. Belian terus pilih item emas.
11. Boleh tahu emas ada ke takde dari katalog.
12. Kalau emas takde, memang takleh beli.
13. Bila dah beli tak perlu risau sebab akan diblock orang lain takleh ambil dah emas tu.
14. Boleh datang ambil sendiri.
15. Kalau tak datang ambil, akan disimpan tanpa upah.
16. Kalau nak minta pos pun boleh.
17. Belian gram dalam uncang emas.
18. Baki uncang emas yang masih boleh dibeli pada satu-satu masa akan dipaparkan di website.
19. Hanya boleh beli jika gram uncang emas masih available.
20. Bila habis gram dah tak boleh beli sehingga ditambah gram dalam sistem.
21. Gram uncang emas disimpan tanpa caj.
22. Boleh ambil keluar juga dalam bentuk gold bar dan dinar.
23. Setakat ini notis 30 hari diperlukan untuk keluar fizikal.
24. Gram boleh keluar semua dari uncang emas.
25. Tiada syarat balance minimum dalam uncang emas.
26. Produk semua mesra arrahnu sebab boleh dibuka dan disahkan ketulenan.
27. Gold bar 1 gram, 5 gram, 1/2 dinar dan 1 dinar tiada harga retail. Semua harga semasa.
28. Gold bar 1 gram, 5 gram, 1/2 dinar dan 1 dinar tidak perlu beli guna akaun uncang emas untuk dapat murah.
29. Boleh lock harga dan akan automatik kensel jika tak compete pembelian dengan pembayaran pada jam 12 tengah malam.
30. Bila auto kensel tiada penalti.
31. Bila lock harga, selagi tak complete lagi pembelian dengan pembayaran, tak boleh lock harga item seterusnya.
32. Boleh buy back semua item emas.
33. Boleh buy back semua brand emas dengan harga KAB Gold.
34. Boleh transfer gram akaun emas syarikat lain ke uncang emas tanpa caj.
35. Bisnes model KAB Gold ialah referral.
36. Semua pelanggan berdaftar KAB Gold yang ada KAB Code boleh jadi introducer.
37. Semua wakil jualan KAB Gold akan dapat insentif belian dan jualan.
38. Ada insentif belian sendiri.
39. Ada insentif belian empayar.
40. Boleh tempah emas design sendiri.
41. Boleh bayar zakat dengan KAB Gold.
42. Boleh bina empayar emas dengan KAB Gold.
43. Boleh buat passive income dengan KAB Gold.
44. Produk emas disahkan oleh Assayer terkenal Shukor Anuar.
45. Pengerusi KAB Gold ialah figura ekonomi Islam terkenal Datuk Dr. Mohd Daud Bakar.
46. Penasihat Syariah KAB Gold, pakar muamalat Dr. Ahmad Sufyan Che Ibrahim.
47. CEO KAB Gold, Khairul Anuar Basri.
48. Pengurusan KAB Gold 100% bumiputera Muslim.
49. Sistem provider KAB Gold ialah syarikat 100% bumiputera Muslim.
50. Sistem dipantau dan diaudit oleh penasihat Syariah.
51. Produk emas KAB Gold berjenama KAB Gold.
52. Akaun Uncang Emas boleh beli serendah 0.25 gram.
Apa lagi nak tambah boleh tambah. Takut saya terlepas pandang.
InsyaAllah dari semasa ke semasa bila ada saja kemajuan yang baru, saya akan tambah.
Ingat.. KAB Gold baru berusia 114 hari ketika status ini ditulis (27 Mei 2021). Masih terlalu muda dan baru nak belajar mengensot. Hehehe...
Jika ada apa-apa penambahbaikan, boleh cadangkan kepada kami dengan penuh harmoni dan kasih sayang.
Terima kasih atas sokongan semua. Tanpa support dari kalian semua dan izin Allah, tak mungkin KAB Gold dapat sampai ke tahap ini.
Yang belum daftar, daftar sekarang jugak. Support usaha pemerkasaan ekonomi Islam.

Nak bimbingan berterusan tentang emas dan KAB Gold? Join telegram ni ramai-ramai https://t.me/myKABGold sekarang juga.
Terima kasih.

CEO KAB Gold

Kenapa perlu jadi wakil jualan KAB Gold? Simpan emas itu baik. Tapi jika mampu, jadi wakil jualan lebih baik. Simpan emas itu menguntungkan....

Kenapa perlu jadi wakil jualan KAB Gold?

Simpan emas itu baik. Tapi jika mampu, jadi wakil jualan lebih baik.

Simpan emas itu menguntungkan. Tapi jadi wakil jualan itu lebih menguntungkan. 

Kenapa begitu ya? Saya senaraikan sebabnya :


1. Dapat insentif atas belian sendiri. Walau dengan hanya belian sendiri sahaja pun, tetap kita dapat insentif. Sesetengah orang panggil cashback. Duit pulangan itu boleh diguna untuk tambah lebih gram emas atau sebagai tujuan lain. Untung bukan?


2. Dapat insentif atas belian kenalan. Sebagai wakil jualan, kita akan memperkenalkan KAB Gold kepada kenalan. Dan kita akan dapat insentif setiap kali kenalan itu buat belian. Untung bukan?


3. Dapat insentif jualan semula. Jika kita berhajat jual emas kepada KAB Gold, kita akan dapat sedikit insentif atas jualan tersebut. Dalam erti kata lain, kita dapat nilai tambah bagi emas yang dijual. Untung bukan?


4. Tiada target sale. Tidak perlu terkejar untuk capai jualan atau capai jumlah kenalan tertentu. Hendak bergerak laju boleh, nak slow dan steady boleh. Sekadar untuk dapat insentif sendiri pun tiada masalah.


5. Dealership kekal seumur hidup. Tiada pembatalan jika tiada belian atau tidak aktif untuk jangka tertentu.


6. Tidak perlu simpan stok. Jika ada stok sendiri adalah satu kelebihan.


7. Sistem yang mudah. Hanya perlu belajar dan sebar ilmu yang betul tentang emas. Seterusnya ajak kenalan berurusniaga dengan KAB Gold.


Bersama KAB Gold, anda berpeluang jana pendapatan pasif seumur hidup insyaAllah.

Begitulah. Untung ke, sangat untung?

Mari jadi wakil jualan. Kelas dan bimbingan disediakan secara percuma! Mari saya bantu.


Info lanjut klik sini:

atau whatsapp untuk respons segera:

Belum daftar percuma sebagai Gold Saver KAB Gold?

  Jom jadi Gold Advisor KAB Gold. Beli hanya 15 gram Uncang Emas. Setiap pembelian sendiri akan dapat insentif 1%. Setiap pembelian Gold S...

 


Jom jadi Gold Advisor KAB Gold. Beli hanya 15 gram Uncang Emas.
✅ Setiap pembelian sendiri akan dapat insentif 1%.
✅ Setiap pembelian Gold Saver yang diperkenalkan akan dapat insentif 1%.
✅ Setiap jualan balik emas kepada KAB Gold akan dapat 0.3%.
Promosi bermula hari ini sehingga 30 April 2021.
Jangan lepaskan peluang KEEMASAN ini!

Untuk pertanyaan lanjut, sila whatsapp untuk respon segera.
Klik link di bawah.
- Like | Komen | Follow | Share -


  Itu prinsip yang saya nak guna pakai dalam bisnes KAB Goldynamics Sdn. Bhd. dari awal hingga akhir. Supaya akhirnya semua yang terlibat de...

 


Itu prinsip yang saya nak guna pakai dalam bisnes KAB Goldynamics Sdn. Bhd. dari awal hingga akhir. Supaya akhirnya semua yang terlibat dengan urusniaga di KAB Gold bukan sahaja dapat yakin dengan sah, batal, halal dan haram dalam urusniaga emas tetapi juga dapat menjana pahala yang membawa kita semua ke syurga.

Antara usaha yang saya buat sendiri untuk mencapai matlamat tersebut ialah berguru dengan pakar dalam bidang yang berkaitan dengan emas.

Saya nak KAB Gold mempunyai produk yang disahkan patuh Syariah.

Saya nak KAB Gold mempunyai operasi yang disahkan patuh Syariah.

Saya nak KAB Gold mempunyai sistem IT dan website yang disahkan patuh Syariah.

Nanti KAB Gold akan ada koleksi fatwanya sendiri.

Nanti KAB Gold akan ada SOP patuh Syariahnya sendiri.

Nanti KAB Gold akan jadi benchmark kepatuhan Syariah kepada mana-mana kedai dan syarikat jual beli emas.

Ini bukan kerja sehari. Ini kerja sepanjang masa.

Ini bukan sekadar suka-suka berniaga. Ini tanggungjawab ilmu dan agama.

Saya mohon semua doakan saya nak capai misi ini. Saya mohon semua doakan KAB Gold kuat untuk jadi contoh buat semua.

CEO KAB


Jom jadi pelanggan KAB Gold. Daftar percuma sahaja. Klik sini: bit.ly/KABGoldSelfRegister

Jemput join telegram Lubuk Ilmu Emas klik sini: bit.ly/NotaEmasFS utk bimbingan berterusan.

  Sebenarnya saya baru sahaja mula menyimpan emas pada Ogos 2020 yang lalu. Mulai saat itu, saya membulatkan tekad menyimpan segram sebulan....

 

Sebenarnya saya baru sahaja mula menyimpan emas pada Ogos 2020 yang lalu. Mulai saat itu, saya membulatkan tekad menyimpan segram sebulan. Dapat gaji, terus beli satu gram tanpa peduli harganya. Saya meletakkan siling RM300 sebulan untuk simpanan wajib dalam bentuk emas.


Setelah beberapa bulan bergelar gold saver, saya mula rasa seronok dan terpanggil untuk mengajak orang lain supaya turut menyimpan emas.


Tiba-tiba saya ternampak iklan KAB Gold lalu lalang di wall FB. Saya kenal sangat wajah pengerusinya. Lantas, saya membuat carian serba sedikit bagi mengesahkan ia bukanlah scammer yang menggunakan gambar tokoh-tokoh tertentu untuk menipu orang ramai.


Saya mencari FB Rasmi Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan ternyata ada perkongsian tentang KAB Gold. Kemudian saya cuba mengenali CEOnya Ustaz Mohamed Khairul Anuar Basri al-Hafiz melalui rangkaian media sosial miliknya.


Datuk Dr Mohd Daud Bakar memang saya kenal. Sebab beliau memang tersohor di peringkat global dengan jolokan Shariah Minds – Minda Syariah. Saya pernah membelek buku beliau berjudul “Saya Ada 25 Jam Sehari: Cara Bijak Menjana Lebih Masa” di sebuah toko buku.


Manakala founder/CEOnya Ustaz Khairul Anuar Basri (KAB) saya teringat beliau melalui DVD Zikir al-Mathurat yang selalu saya mainkan ketika memandu. Rupa-rupanya, beliau juga bekas dealer aktif sebuah syarikat emas gergasi negara. Setelah lapan tahun bersama syarikat tersebut, akhirnya beliau mengorak langkah membuka syarikat emasnya sendiri.


Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi, saya menghubungi pemilik FB Ads tersebut iaitu Saudara Afiq Aiman Aznan. Berlakulah pula sesi soal jawab bagi mengukuhkan lagi keyakinan.


Sejurus itu, saya pun mendaftar secara percuma sebagai Gold Saver. Dua hari kemudiannya saya ke BSN untuk menebus sebahagian SSP bagi membeli 40 gram Uncang Emas KAB Gold sebagai syarat untuk menjadi wakil jualan bertaraf Gold Manager. [Setelah kecewa, 20 tahun menabung di situ… dengan harapan bertuah jadi jutawan, tetapi bukan nak kata sejuta... hadiah-hadiah yang kecil satu pun tak pernah sangkut. Huhu.]


Alhamdulillah, hari ini sudah lebih 15 hari saya menjadi pemudahcara/pembimbing emas KAB Gold. Walaupun syarikat ini seumpama bayi yang baru nak belajar meniarap atau mengesot, tetapi sambutan orang ramai dilihat amat menggalakkan.


Terasa bahagia dan seronok apabila terima banyak pertanyaan secara online dan offline mengenai KAB Gold ini.


Doakan saya, doakan KAB Gold dan ayuh kita berjemaah memberi sokongan dan dukungan yang padu. Semoga kehadiran KAB Gold ini berupaya memeriahkan lagi pasaran emas tempatan dan juga menjadi pilihan kepada masyarakat.


Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk bersama-sama memupuk kesedaran dan memberi pendidikan berterusan kepada masyarakat tentang peri pentingnya menyimpan emas.


Ingat emas, segalanya di KAB Gold.


Mohd Fauzi Mohd Sabri

Gold Saver | Gold Advisor

KAB00004842


Nak Mulakan Simpanan Emas Pertama Anda?


Kalau nak saya bantu daftarkan?

klik sini: bit.ly/DaftarKABGold

 Telegram NotaEmasFS: https://t.me/myKABGold

 

#KAB00004842

Ingat emas, segalanya di KAB Gold.

- Like | Komen | Follow | Share -

 


Di KAB Gold, para pelanggan tidak perlu ragu-ragu tentang status patuh Syariah kerana ianya dipastikan mematuhi piawaian Syariah yang ketat....



Di KAB Gold, para pelanggan tidak perlu ragu-ragu tentang status patuh Syariah kerana ianya dipastikan mematuhi piawaian Syariah yang ketat. 

SOP dalaman akan memastikan segala bentuk urusniaga adalah patuh Syariah. 

Penasihat Syariah rasmi KAB Gold juga akan memastikan segala aspek perniagaan dan operasi KAB Gold patuh kepada ketetapan Syariah sebagaimana yang telah diputuskan. 

Sebagai contoh, KAB Gold hanya akan menjual emas yang wujud dan telah dimiliki sepenuhnya oleh KAB Gold. Jika emas itu sudah habis dijual, maka KAB Gold patut menghentikan seketika urusniaga sehinggalah emas yang hendak dijual itu telah pun dimiliki oleh KAB Gold. 

Untuk belian jongkong emas dan dinar, KAB Gold akan menyatakan dengan jelas di laman web, berapa bilangan item yang masih ada. Jika sudah habis dijual, maka ia akan tertulis ‘out of stock’. 

Ini bermaksud ia disokong 100% oleh emas fizikal. Ada KAB Gold akan cakap ada, tiada KAB Gold akan cakap tiada. 

Untuk belian Uncang Emas, KAB Gold akan meletakkan berapa lagi baki gram yang boleh dibeli oleh pelanggan. Apabila telah habis, KAB Gold akan menghentikan seketika penjualan sebelum ianya dibuka balik setelah KAB Gold menambah balik bakinya. 

Jika pelanggan memilih untuk mengeluarkan gram emas daripada Uncang Emas dalam bentuk jongkong atau dinar, ia boleh dilakukan, tertakluk kepada SOP yang telah ditetapkan. Ia disokong sepenuhnya oleh emas fizikal yang tidak ada kena mengena dengan baki jongkong emas atau dinar seperti yang terpapar di laman web bagi belian biasa. 

Harapnya semua pelanggan boleh memahami dengan jelas penerangan di atas. Terima kasih. 

Ingat emas, segalanya di KAB Gold. 

 #KAB #KABGold.

Belum daftar?
masukkan Kod Introducer KAB00004842
dan isi maklumat yang diminta.

Kalau nak saya bantu daftarkan,

Bimbingan berterusan: bit.ly/NotaEmasFS

Ingat emas, segalanya di KAB Gold.
- Like | Komen | Follow | Share -

Bila kita katakan KAB Gold patuh Syariah, kita akan pastikan semua sudut patuh Syariah. Ini komitmen KAB Gold. Sebagai contoh bila kita lan...



Bila kita katakan KAB Gold patuh Syariah, kita akan pastikan semua sudut patuh Syariah. Ini komitmen KAB Gold. Sebagai contoh bila kita lancarkan Uncang Emas KAB Gold, kita pastikan semua keperluan Syariah dipenuhi. 

a) Emas mesti dimiliki dahulu oleh KAB Gold sebelum menjualnya kepada pelanggan. 

b) Pelanggan tahu berapa jumlah emas yang masih ada untuk mereka beli. 

c) Uncang Emas sudah tidak boleh dibeli bila peruntukan Uncang Emas sudah habis. 

d) Pelanggan boleh membeli kembali Uncang Emas bila kita telah pun tambah stok Uncang Emas. 

Ini antara perkara asas yang KAB Gold mahu semua pelanggan tahu dan fahami. Kita mahu lahirkan bukan saja pelanggan yang sensitif dengan sah dan batal dalam transaksi jual beli emas, tetapi juga faham dan tahu sekurang-kurangnya asas apabila sesuatu produk itu ditawarkan oleh KAB Gold. 

Nanti taklah kita terima komplen yang bukan-bukan. Bukan sebab kita tak patuh Syariah, tetapi sebab pelanggan yang tak faham. Kita taknak pelanggan kita ikut-ikutan. 

Dah KAB Gold cakap dia patuh Syariah, kita angguk sajalah. 

Kita taknak macam tu. Kita nak lebih dari sekadar angguk. Faham betul bukan taqlid secara membabi buta. 

Inilah misi besar KAB Gold, sebagai ‘One Stop Centre’ untuk urusniaga emas. 

Dan semuanya bermula dengan patuh Syariah dan ilmu tentang patuh Syariah. 

Ingat emas, segalanya di KAB Gold. 

KAB4842


Bimbingan berterusan: bit.ly/NotaEmasFS

Ingat emas, segalanya di KAB Gold.
- Like | Komen | Follow | Share -

Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Wakaf Bharu, kemudian di Sekolah Menengah Ugama Maah...


Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Wakaf Bharu, kemudian di Sekolah Menengah Ugama Maahad Muhammadi Pasir Pekan, dan seterusnya di Maahad Muhammad Lelaki Kota Bharu, Kelantan. Beliau kemudian memperolehi Sarjana Muda Syariah & Pengurusan di Universiti Malaya, dan Sarjana Syariah dengan pengkhususan dalam Kewangan Islam (Fiqh Kewangan), juga dari Universiti Malaya, masing- masing pada tahun 2003 dan 2008. Pada tahun 2015, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam dari Universiti Yarmouk, Jordan. 

Beliau memulakan kerjayanya di Universiti Malaya pada tahun 2005 sebagai Fellow. Kini beliau adalah pensyarah kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawataankuasa Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK), Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Ahli Jawatankuasa Syariah CIMB Islamic Berhad, Ahli Badan Penasihat Syariah Takaful Malaysia Keluarga Berhad, Ahli Jawatankuasa Syariah Kenanga Investment Bank Berhad (2015–30 Oktober 2019), Ahli Panel Pakar Muamalat JAKIM (2016- 2018) dan Ahli Jawatankuasa UM Awqaf (2017-2019). Beliau juga adalah Ahli Penasihat Syariah, Syarikat Takaful Malaysia Berhad (2015 - 2021), Panel Penilaian Akademik, Kolej Yayasan Pahang (2016 - 2019), Panel Penasihat Akademik, Kolej UNITI, Perunding Pertubuhan Multaqa Asatizah (MURSHID) (2019 - 2020) serta Ahli Jawatankuasa Unit Wakaf Majlis Agama Islam Kelantan (2019 -2021). 

Antara buku yang pernah beliau hasilkan ialah berkenaan Usul Fiqh iaitu Kaedah Interpretasi Teks Hukum Islam, Perspektif Industri Halal: Perkembangan dan Isu-isu, Ringkasan Terminologi Hadis, Keusahawan Islam, Keseimbangan Ekonomi Halal: Analisis dalam Konteks Kesan Sektor Zakat, Menangani Isu- isu Kontenporari Perniagaan Islam Berasaskan Fiqh al- Tijarah dan lain-lain. Beliau juga merupakan pengasas dan pentadbir kepada “muamalat.my”, sebuah platform media sosial yang berusaha menjadi medium pendidikan dalam meningkatkan kesedaran awam dalam Kewangan Islam dan Takaful sejak tahun 2013.

Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri   adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd. Beliau juga adalah pemilik Kum...


Mohamed Khairul Anuar bin Mohd Basri adalah Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd. Beliau juga adalah pemilik Kumpulan Syarikat KAB iaitu KAB Media, KAB Foods and Beverages, Pertubuhan KAB dah Koperasi KAB. Selain menguruskan pernia- gaan sendiri, beliau juga aktif dalam bidang kepenasihatan Syariah. Ini kerana beliau adalah Penasihat Syariah yang disahkan oleh Persatuan Penasihat Syariah bagi Kewangan Islam Malaysia (ASAS). Kini beliau adalah Ahli Majlis Penasihat Syariah, Sumitomo Mitsui Banking Corporation (Malaysia) Berhad dan Kope- rasi Dagang Emas (Pulau Pinang) Berhad.

Pada waktu yang sama, beliau adalah Penasihat Syariah Elhajj Products Sdn. Bhd. dan Orpheus Capital Sdn. Bhd. Beliau juga pernah menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, Koperasi Muslimin (Malaysia) Berhad, Timbalan Presiden Pematuhan Syariah, BNP Paribas (Malaysia) Berhad, Pengurus Kanan Syariah, CIMB Islamik (Malaysia) Berhad, Ketua Syariah, HSBC Amanah (Malaysia) Berhad dan Penolong Pengurus Syariah, Kuwait Finance House (Malaysia) Berhad. Terkenal sebagai Motivator Al-Quran, beliau pernah merakamkan bacaan Al-Quran 30 Juzuk dan diiktiraf oleh Lujnah Pentashih Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri. Ia masih kekal sehingga ke hari ini sebagai yang pertama dan satu-satunya di dunia bacaan qari dari Malaysia.

Penglibatan beliau selama 8 tahun sebagai Million Dollar Master Dealer di salah sebuah syarikat emas terkemuka di Malaysia sejak tahun 2013, menjadikan beliau teramat mahir dengan dunia perniagaan emas. Selain daripada Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al-Qiraat, Darul Quran (JAKIM) beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Perbandingan Undang-Undang Ijazah Sarjana Muda Syariah dan Ijazah Sarjana Muda Undang; kesemuanya daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Sehingga hari ini, beliau telah menghasilkan 5 buah buku iaitu Travelog Huffaz : Mengapa Aku Menghafaz Al- Quran (2017), Kaya Dengan Emas (2019), Emas dan Syariah: Ilmu Tersurat dan Tersirat (2019), Umrah Mudah Sungguh (2019) dan Buat Duit Dengan ConsuMerchant : Rahsia Kaya Tanpa Modal (2019)


Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar   adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Beliau menyumbang bakti sebagai Pengerusi Majlis Pe...

Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar adalah Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Amanie. Beliau menyumbang bakti sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti, Astana International Financial Centre (AIFC), Kazakhstan, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan, First Abu Dhabi Bank (UAE), dan juga Permodalan Nasional Berhad. Beliau memainkan peranan penting sebagai ahli Badan Penasihat Syariah pelbagai institusi kewangan global, antaranya National Bank of Oman (Oman), Amundi Asset Management (Perancis), Morgan Stanley (Dubai), Bank of London and Middle East (London), BNP Paribas (Bahrain) dan Dow Jones Islamic Market Index (New York). Dalam dunia korporat pula, beliau berperanan sebagai ahli Jawatankuasa Pelaburan PNB selain dilantik sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang ke-8.


Di samping itu, beliau juga adalah pengasas bersama (co-founder) Experts Analytics Centre Sdn Bhd dan MyFinB, Pengerusi Berry Pay, KAB Gold Dynamic, Bio Fluid Sdn Bhd, dan Amanie-Afra Halal Capital Co (Bangkok). Di bawah terajunya, Amanie Advisors membuktikan keunggulan sebagai penerima “Anugerah Prasarana Ilmu Ekonomi Islam” semasa Sidang Kemuncak Ekonomi Islam Global di Dubai pada 2015 daripada Raja Dubai, Sheikh Mohamed Rashid Al- Maktoum. Beliau mendapat ijazah pertamanya dalam bidang Syariah di University of Kuwait pada 1988 dan seterusnya memperoleh Ph.D. dari Uni- versity of St Andrews, United Kingdom pada 1993. Beliau terus menggali ilmu dan berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens di Universiti Malaya pada 2002.


Permata inteleknya terus menerima pengiktirafan apa- bila buku pertamanya, “Shariah Minds in Islamic Finance: An Inside Story of A Shariah Scholar” (Minda Syariah Kewangan Islam: Kisah Balik Tabir Perspektif Cendekiawan Syariah) muncul sebagai penerima anugerah “Islamic Finance Book of the Year 2016” oleh Majlis Anugerah Kewangan Islam Global (the Global Islamic Finance Award (GIFA) 2016).

KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Goldynamics Marketing Resources Sdn. Bhd) ditubuhkan pada 27 Julai 2017 dengan suatu v...


KAB Goldynamics Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai Goldynamics Marketing Resources Sdn. Bhd) ditubuhkan pada 27 Julai 2017 dengan suatu visi dan misi yang sangat besar buat seluruh rakyat Malaysia.


Para pelanggan kami bukan sahaja boleh membeli emas dan perak fizikal secara patuh Syariah di KAB Gold, tetapi mereka juga boleh menjadikan kami sebagai sebuah tempat untuk mereka bermuamalah dan menjalankan pelbagai aktiviti perniagaan dan bukan perniagaan.

Dengan emas dan perak, pelbagai matlamat kewangan boleh dicapai. Dengan emas dan perak, para pelanggan boleh membina perniagaan mereka sendiri dan menjana pendapatan untuk menyara hidup dan keluarga.

Dengan emas dan perak, ia boleh dimanfaatkan untuk membayar pelbagai tanggungan kehidupan. Dengan emas dan perak, ia boleh dijadikan sumber zakat yang dapat dikembalikan demi kepentingan sekelian masyarakat.

Kami berhasrat untuk mengembalikan kegemilangan emas dan perak sesuai dengan tarafnya yang amat tinggi dan bernilai suatu ketika dahulu.

Melalui pelbagai kegiatan dan aktiviti, para pelanggan kami bukan saja dapat membeli dan menjual emas dan perak fizikal, tetapi juga mereka dapat memanfaatkan platform ini untuk menambah baik ilmu dan pengetahuan, menjana hasil dan pendapatan, mewujudkan peluang perniagaan, membina jaringan ekonomi dan kewangan, membayar zakat simpanan emas dan perak, menaiktaraf tahap kehidupan dan sebagainya.

Sesuai dengan moto kami iaitu ‘Knowledge, Asset, Bullion’, platform ini akan digerakkan untuk merealisasikan moto tersebut.

Ilmu adalah segala-galanya bagi kami dan seluruh pelanggan kami. Kami akan menyediakan saluran-saluran yang hebat dan bermanfaat agar semua pelanggan dapat memiliki emas dan perak dengan ilmu yang baik dan menyeluruh.

Kami juga akan menjalankan program pendidikan secara rasmi dan tidak rasmi untuk memberi nilai tambah kepada setiap pelanggan kami.

Dengan memiliki emas dan perak, para pelanggan akan memiliki aset yang terbaik dalam bentuk yang terbaik. Ia mudah untuk dimiliki dan diurus, senang untuk dicairkan dan meningkat nilainya secara jangka panjang.

Kami amat berharap agar segenap lapisan masyarakat menyokong usaha murni kami ini. Sokongan dan dokongan anda semua akan memungkinkan kami untuk mara lebih jauh di masa hadapan demi untuk kesejahteraan hidup kita bersama.