fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

  Sebenarnya saya baru sahaja mula menyimpan emas pada Ogos 2020 yang lalu. Mulai saat itu, saya membulatkan tekad menyimpan segram sebulan....

Tebus SSP, Beli 40 Gram Emas

 

Sebenarnya saya baru sahaja mula menyimpan emas pada Ogos 2020 yang lalu. Mulai saat itu, saya membulatkan tekad menyimpan segram sebulan. Dapat gaji, terus beli satu gram tanpa peduli harganya. Saya meletakkan siling RM300 sebulan untuk simpanan wajib dalam bentuk emas.


Setelah beberapa bulan bergelar gold saver, saya mula rasa seronok dan terpanggil untuk mengajak orang lain supaya turut menyimpan emas.


Tiba-tiba saya ternampak iklan KAB Gold lalu lalang di wall FB. Saya kenal sangat wajah pengerusinya. Lantas, saya membuat carian serba sedikit bagi mengesahkan ia bukanlah scammer yang menggunakan gambar tokoh-tokoh tertentu untuk menipu orang ramai.


Saya mencari FB Rasmi Datuk Dr Mohd Daud Bakar dan ternyata ada perkongsian tentang KAB Gold. Kemudian saya cuba mengenali CEOnya Ustaz Mohamed Khairul Anuar Basri al-Hafiz melalui rangkaian media sosial miliknya.


Datuk Dr Mohd Daud Bakar memang saya kenal. Sebab beliau memang tersohor di peringkat global dengan jolokan Shariah Minds – Minda Syariah. Saya pernah membelek buku beliau berjudul “Saya Ada 25 Jam Sehari: Cara Bijak Menjana Lebih Masa” di sebuah toko buku.


Manakala founder/CEOnya Ustaz Khairul Anuar Basri (KAB) saya teringat beliau melalui DVD Zikir al-Mathurat yang selalu saya mainkan ketika memandu. Rupa-rupanya, beliau juga bekas dealer aktif sebuah syarikat emas gergasi negara. Setelah lapan tahun bersama syarikat tersebut, akhirnya beliau mengorak langkah membuka syarikat emasnya sendiri.


Setelah berpuas hati dengan maklumat yang diperolehi, saya menghubungi pemilik FB Ads tersebut iaitu Saudara Afiq Aiman Aznan. Berlakulah pula sesi soal jawab bagi mengukuhkan lagi keyakinan.


Sejurus itu, saya pun mendaftar secara percuma sebagai Gold Saver. Dua hari kemudiannya saya ke BSN untuk menebus sebahagian SSP bagi membeli 40 gram Uncang Emas KAB Gold sebagai syarat untuk menjadi wakil jualan bertaraf Gold Manager. [Setelah kecewa, 20 tahun menabung di situ… dengan harapan bertuah jadi jutawan, tetapi bukan nak kata sejuta... hadiah-hadiah yang kecil satu pun tak pernah sangkut. Huhu.]


Alhamdulillah, hari ini sudah lebih 15 hari saya menjadi pemudahcara/pembimbing emas KAB Gold. Walaupun syarikat ini seumpama bayi yang baru nak belajar meniarap atau mengesot, tetapi sambutan orang ramai dilihat amat menggalakkan.


Terasa bahagia dan seronok apabila terima banyak pertanyaan secara online dan offline mengenai KAB Gold ini.


Doakan saya, doakan KAB Gold dan ayuh kita berjemaah memberi sokongan dan dukungan yang padu. Semoga kehadiran KAB Gold ini berupaya memeriahkan lagi pasaran emas tempatan dan juga menjadi pilihan kepada masyarakat.


Tujuannya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk bersama-sama memupuk kesedaran dan memberi pendidikan berterusan kepada masyarakat tentang peri pentingnya menyimpan emas.


Ingat emas, segalanya di KAB Gold.


Mohd Fauzi Mohd Sabri

Gold Saver | Gold Advisor

KAB00004842


Nak Mulakan Simpanan Emas Pertama Anda?


Kalau nak saya bantu daftarkan?

klik sini: bit.ly/DaftarKABGold

 Telegram NotaEmasFS: https://t.me/myKABGold

 

#KAB00004842

Ingat emas, segalanya di KAB Gold.

- Like | Komen | Follow | Share -

 


0 Reviews: