fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

Uncang Emas (UE) KAB Gold secara rasminya telah dilancarkan pada 1 Mac 2021 yang lalu. Pelancarannya telah dilakukan secara dalam talian ole...

10 Kelebihan Uncang Emas KAB Gold

Uncang Emas (UE) KAB Gold secara rasminya telah dilancarkan pada 1 Mac 2021 yang lalu. Pelancarannya telah dilakukan secara dalam talian oleh Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif KAB Goldynamics Sdn. Bhd. Iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri di Facebook beliau. 

Berikut disenaraikan 10 Kelebihan UE KAB Gold: 

1) Beli Emas Serendah 0.25 Gram 
-Melalui UE KAB Gold, anda boleh memulakan simpanan emas berketulenan 999 serendah 0.25 gram sahaja. Mengikut harga hari ini, 0.25 gram bersamaan RM62.00. Tujuannya ialah supaya setiap lapisan masyarakat dapat memulakan simpanan emas secara sedikit demi sedikit tanpa rasa terbeban.

2) Tiada Sebarang Caj Simpanan 
-Simpanan emas melalui UE 100% PERCUMA dan tidak dikenakan sebarang caj tahunan atau bulanan. 

3) Penyimpanan Selamat 
-Penyimpanan emas di UE dijamin selamat. Risiko kecurian atau kehilangan adalah amat rendah. Ia sangat sesuai bagi mereka yang risau atau takut hendak simpan sendiri emas fizikal. 

4) Belian Secara Online 
-Belian secara online yang amat mudah dan transaksi boleh berlaku 24 jam sehari. Laman web yang mesra pengguna. Apps juga akan diadakan tidak lama lagi.

5) Boleh Keluarkan Emas Fizikal (Gold Bar / Dinar) 
-Setelah cukup gram tertentu, anda boleh mengeluarkannya dalam bentuk emas fizikal yang dikehendaki. Contohnya, jika sudah terkumpul 5 gram dalam UE, anda boleh mengeluarkan 1 dinar (4.25 gram) atau gold bar 5 gram sekeping atau gold bar 1 gram 5 keping. Terpulang kepada citarasa anda. Gram di UE akan ditolak. 

6) Disokong 100% Emas Fizikal 
-Akaun UE adalah disokong dengan 100% produk emas fizikal. 

7) Tiada Tetapan Sebarang Komitmen 
-Terpulang kepada anda untuk membeli berapa gram sebulan. Ikut kemampuan masing-masing dan tiada tetapan perlu membeli setiap bulan. 

8) Boleh Keluarkan Keseluruhannya 
-Akaun UE anda masih tetap aktif walaupun telah mengeluarkan keseluruhan gram emas di dalamnya. 

9) Boleh Buyback Dalam Talian 
-Gram emas di dalam UE boleh di buyback secara dalam talian sahaja. 

10) Patuh Syariah Dengan Standard Kualiti Yang Tinggi 
-Adalah menjadi matlamat utama KAB Gold untuk memastikan setiap urusniaganya mematuhi syariah dengan standard kualiti yang tinggi.


Belum daftar Uncang Emas KAB Gold?

 

Kalau nak saya bantu daftarkan?

klik sini: bit.ly/DaftarKABGold

 

Bimbingan berterusan: Nota Emas FS

#KAB00004842

Ingat emas, segalanya di KAB Gold.

 

- Like | Komen | Follow | Share -

0 Reviews: