fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Wakaf Bharu, kemudian di Sekolah Menengah Ugama Maah...

Penasihat Syariah KAB Goldynamics Sdn Bhd


Dr. Ahmad Sufian bin Che Abdullah mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Wakaf Bharu, kemudian di Sekolah Menengah Ugama Maahad Muhammadi Pasir Pekan, dan seterusnya di Maahad Muhammad Lelaki Kota Bharu, Kelantan. Beliau kemudian memperolehi Sarjana Muda Syariah & Pengurusan di Universiti Malaya, dan Sarjana Syariah dengan pengkhususan dalam Kewangan Islam (Fiqh Kewangan), juga dari Universiti Malaya, masing- masing pada tahun 2003 dan 2008. Pada tahun 2015, beliau memperolehi ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Ekonomi dan Perbankan Islam dari Universiti Yarmouk, Jordan. 

Beliau memulakan kerjayanya di Universiti Malaya pada tahun 2005 sebagai Fellow. Kini beliau adalah pensyarah kanan di Jabatan Syariah dan Pengurusan, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ahli Jawataankuasa Wakaf Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Kelantan (MAIK), Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis, Ahli Jawatankuasa Syariah CIMB Islamic Berhad, Ahli Badan Penasihat Syariah Takaful Malaysia Keluarga Berhad, Ahli Jawatankuasa Syariah Kenanga Investment Bank Berhad (2015–30 Oktober 2019), Ahli Panel Pakar Muamalat JAKIM (2016- 2018) dan Ahli Jawatankuasa UM Awqaf (2017-2019). Beliau juga adalah Ahli Penasihat Syariah, Syarikat Takaful Malaysia Berhad (2015 - 2021), Panel Penilaian Akademik, Kolej Yayasan Pahang (2016 - 2019), Panel Penasihat Akademik, Kolej UNITI, Perunding Pertubuhan Multaqa Asatizah (MURSHID) (2019 - 2020) serta Ahli Jawatankuasa Unit Wakaf Majlis Agama Islam Kelantan (2019 -2021). 

Antara buku yang pernah beliau hasilkan ialah berkenaan Usul Fiqh iaitu Kaedah Interpretasi Teks Hukum Islam, Perspektif Industri Halal: Perkembangan dan Isu-isu, Ringkasan Terminologi Hadis, Keusahawan Islam, Keseimbangan Ekonomi Halal: Analisis dalam Konteks Kesan Sektor Zakat, Menangani Isu- isu Kontenporari Perniagaan Islam Berasaskan Fiqh al- Tijarah dan lain-lain. Beliau juga merupakan pengasas dan pentadbir kepada “muamalat.my”, sebuah platform media sosial yang berusaha menjadi medium pendidikan dalam meningkatkan kesedaran awam dalam Kewangan Islam dan Takaful sejak tahun 2013.

0 Reviews: