fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

Tentulah sesuatu yang rare apabila kita melihat pegawai kerajaan bergred 54 naik kereta Honda City sahaja. Lagi pelik apabila beliau tidak d...

Gred 54 Selamba Memandu Honda City



Tentulah sesuatu yang rare apabila kita melihat pegawai kerajaan bergred 54 naik kereta Honda City sahaja. Lagi pelik apabila beliau tidak dibebani komitmen yang tinggi. Anak hanya seorang dan isterinya adalah seorang guru yang saya kira mungkin sudah DG48 atau 52.

Tetapi beliau ini memang aneh. Sangat pemurah. Tidak berkira dan bab kedai makan mana yang sedap kami akan refer beliau. Makna kata bab kedai makan yang enak, beliaulah rujukan kami. Sebab, antara aktiviti hujung minggu beliau adalah jalan-jalan cari makan.

Hidupnya kelihatan sangat simple. Tatkala pegawai gred di bawah bergaya dengan Civic, HRV, X50, Estima malah Vellfire juga, beliau setia bersama Honda Citynya sehingga pencen.

Beliau sedikitpun tidak rasa tercabar. Saya fikir beliau tegar dengan prinsip dan fokus hidupnya. Lalu apabila dicabar, beliau hanya mampu menguntumkan senyuman.

Banyak perkara yang saya belajar daripada beliau ini. Bukan sekadar setia menadah telinga mendengar bait-bait kata nasihat yang terbit daripada mulutnya, bahkan saya mengambil iktibar daripada pesona lakunya juga.

Seorang yang humble, sentiasa kelihatan tenang dan selalu belanja kawan-kawan. Jarang-jarang kita dapat belanja beliau. Selalu sahaja duit kita disahkan tak laku ketika di kaunter.

Kadangkala ada juga saya cuba provok beliau. 

"Tuan ni kalau nak pakai Vellfire atau Alphard rasanya lebih daripada mampu. Bukan ada banyak komitmen pun. Anak pun sorang jer dan wife pun seorang jer dan bekerja juga," soal saya.

"Hishhh... tak naklah ana tambah hutang. Susah kalau ana nak bersara awal nanti. Sekarang ni ana fikir macam mana nak cepat habiskan hutang jer," jawabnya bersahaja.


Saya simpulkan yang beliau ini adalah teladan pengamal hidup minimalis yang sukses. Hari ini beliau sudah bergelar Yang Bersara. 

Beliaulah orang pertama yang membeli Kurma Premium Gred VIP saya. COD dan janji temu di Seremban Gateway. Sekali lagi saya dijamu makan malam di Rumah Makan Cibiuk. 

Beliau menghulurkan note RM100. Saya nak pulangkan baki RM5, beliau tolak dan berkata itu kos delivery enta. Selang sehari beliau whatsapp pula minta poskan Kurma Ajwa Premium sekilo ke rumahnya di KL.

Kesimpulannya, kekayaan itu apa yang kita rasa, bukan apa yang orang kata. Kaya itu mulia. Sementara kelihatan mewah itu belum tentu kaya. Terlalu banyak kemewahan palsu di sekeliling kita. Mewah dengan hutang. Sedangkan kaya yang sebenar tak perlu mewah. Praktik hidup minimalis itu sunnah!

Fauzi Sabri
#PenaPoji

Nak mula belajar ilmu emas? 
Jemput join telegram saya. 
klik sini: 

0 Reviews: