Seminar ISLAM ANTI-TERRORISME

ISLAM ANTI TERRORISME

Tajuk Seminar: ISLAM ANTI-TERRORISME
Tarikh: 28 Mac 2010 (Ahad)
Lokasi: Auditorium Kompleks Perdana Siswa, Universiti Malaya, Kuala Lumpur
Anjuran: Pertubuhan Kebajikan An-Nidaa, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tentatif ringkas:

9.00 am
Ucapan oleh Presiden An-Nidaa
Ucapan oleh Prof Madya Datuk Dr Azraie Hj Idris
Ucapan oleh YB Dato' Mukhriz Tun Mahathir (Timb Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri)

10.15 am
Pembentangan 1: “Ahli Sunnah VS Terrorist" (Dr. Azwira Abdul Aziz -UKM)

11.30 am
Pembentangan 2: “Toleransi Agama antara Islam dan Penganas” (Ustaz Sofwan Badrie -An-Nidaa)

2.00 pm
Pembentangan 3: “Fiqh jihad di sisi ASWJ?” (Ust Fathul Bari Mat Jahaya -Penasihat Agama IJN)

3.15 pm
Pembentangan 4: “Hikmah dalam ber dakwah: antara ASWJ dan terrorist” (Ustaz Rasul Dahri)

5.00 pm
Pembentangan 5: “Fiqh Mencegah Kemungkaran antara ASWJ & Terrorisma?” (Dr. Johari Mat -KIAS)

8.15 pm
Ucapan oleh Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UM
Ucapan Oleh Presiden Penaja Pertubuhan Cendekiawan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia.

Forum: “1Malaysia Memerangi Terrorisme”

Ahli-ahli Panel:
1) Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin (Mantan Mufti Perlis)
2) Prof Madya Datuk Dr Azraie Hj Idris (Timbalan Naib Canselor UM)
3) Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara)

Moderator: Saudara Kamarul Hisham (peguam)

INFO LANJUT: KLIK SINI

SELANJUTNYA...

Dokumentari pendek Tantawi di Malaysia


A biography of the revered head of Al-Azhar, Sayyid Muhammad Tantawi. This short documentary was produced together with 3rd year communication students 2007/2008 of Islamic Science University of Malaysia (USIM).



*sumber: Youtube jop03mbk

SELANJUTNYA...

Tantawi meninggal dunia


10 Mac 2010: Khabar sedih di petang Rabu...

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini. Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera. Jenazahnya dilaporkan dibawa pulang ke Kaherah, Mesir hari ini juga.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran. Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa.

*Sumber: Malaysiakini


Info dari sumber lain:

1. Al Fatihah. Setelah hampir lima dekad menabur khidmat dalam perkembangan ilmu, tarbiah dan dakwah, Ulama tertinggi Islam Sunni, Sheikh Mohammed Sayed Tantawi, telah dipanggil mengadap Ilahi dalam usianya 81 tahun.

2. Beliau meninggal dunia selepas serangan jantung ketika sedang menaiki tangga kapal terbang untuk ke Arab Saudi hari ini. Televisyen Mesir berkata, Syeikh Muhammad mengadu dalam kesakitan ketika menaiki kapal terbang awal pagi tadi sebelum rebah di tangga.

3. Menurut Agensi berita MENA, kedatangan As Syeikh Muhammad ke Riyadh adalah bagi menghadiri Majlis Anugerah Raja Faisal. Allahyarham kemudiannya dikejarkan ke Hospital Amir Sultan di Riyadh, di mana doktor mengumumkan beliau meninggal dunia.

4. “..Berita bapa meninggal dunia adalah satu kejutan yang tidak dapat digambarkan. Ahli keluarga Allahyarham sudah membuat keputusan, iaitu Allah sudah memilih beliau untuk meninggal di tanah Saudi, maka beliau akan dikebumikan di tanah perkuburan Al-Baqie, iaitu tanah suci kedua Islam Madinah," kata Amr Tantawi, anak lelaki Syeikh Muhammad.

*sumber: blog ustaz amal



SELANJUTNYA...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 atau singkatannya KLIBF 2010, akan diadakan pada 19 - 28 Mac 2010 nanti. Dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran, Malaysia melalui Majlis Buku Kebangsaan (MBKM), bersama-sama dengan Majlis Industri Buku Malaysia yang terdiri daripada pemain utama industri buku tempatan. KLIBF tersenarai sebagai acara-acara utama dalam kalendar penerbitan global. Kini, KLIBF 2010 memberikan kesempatan untuk bertemu dengan penerbitan tempatan dan masyarakat antarabangsa.


More Blood, More Sweat and Another Cup of Tea 
 Lebih daripada 1 juta pengunjung menghadiri KLIBF setiap tahun. Ini adalah tempat yang tepat bagi para pecinta buku untuk mendapatkan buku-buku terbaru dan promosi daripada penerbit di seluruh dunia. Mempamerkan buku, seminar, konvensyen, dan banyak kegiatan lain di lokasi yang sesuai semua peringkat masyarakat.

Apa yang baru di KLIBF 2010


Untuk KLIBF 2010, kami akan mengadakan sebuah "Trade & Copyright Centre", didedikasikan khusus untuk perdagangan asing dan tempatan peserta pameran dan pengunjung untuk menggalakkan pertukaran dan pengedaran penerbitan hak untuk kepentingan industri buku tempatan.

Trade & Copyright Centre terletak di Tun Razak Hall 2 (seberang sungai) dan dibuka selama 5 hari kerja dari KLIBF (Isnin 22st - Jumaat 26th). Pembukaan jam 10:00-7:00. Hanya 'pengunjung perdadangan' dibenarkan akses kepada kawasan perdagangan.

KLIBF 2009 Fakta & Angka

Kategori buku:

Umum, Falsafah & Psikologi, Agama, Sains Sosial,
Bahasa, IPA & Matematik, Teknologi, Seni,
Sastera, Geografi & Sejarah

Penyertaan:
124 penerbit tempatan
29 penerbit asing
Negara:
Australia, Brunei, Mesir, India, Indonesia, Iran, Laos, Filipina, Turki, Inggeris, USA, Vietnam

No of Booths: 665
Bilangan Pengunjung: 1.5 juta pengunjung

Rekod pengunjung:

KLIBF 2006 - 700,000 pengunjung
KLIBF 2007 - 1.000.000 pengunjung
KLIBF 2008 - 2.200.000 pengunjung

Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur, Malaysia

Luas lebih dari 1.7 juta meter persegi dengan 253.000 meter persegi ruang pameran, Putra World Trade Centre (PWTC) dikenali kerana tahap kualiti perkhidmatan peribadi dan pendekatan yang fleksibel untuk acara pengurusan, sehingga popular dengan acara penyelenggara dan penganalisis pertemuan serupa.

Sinonim dengan PWTC Kuala Lumpur International Book Fair, dan pernah menjadi tempat rasmi selama bertahun-tahun dan untuk tahun 2010, Tun Razak Hall 2 (seberang sungai) akan digunakan sebagai peluasan ruangan pameran yang biasa disebabkan oleh permintaan yang luar biasa 29 KLIBF.

Para Penganjur: MBKM & MBIC

Majlis Buku Kebangsaan di Malaysia atau MBKM (dahulu dikenali sebagai Majlis Pembangunan Buku Nasional) ditubuhkan pada tahun 1968 dengan tujuan mempromosikan budaya membaca di kalangan masyarakat Malaysia, selain menggalakkan pembangunan dan penggunaan buku-buku di negeri ini. Adalah dewan penasihat profesional dan buku tubuh dalam pembangunan di Malaysia, yang mempunyai sokongan penuh daripada kerajaan dan sektor swasta yang terlibat dalam perkembangan industri buku sosial dan kepentingan nasional.

Sebagai badan non-profit, yang sumber pendapatan terutamanya daripada perkhidmatan, belanjawan operasi tahunan dan daripada sumbangan swasta. Antara lain, tujuan utamanya untuk mempromosikan profesionalisme dalam industri buku, menyelaras kegiatan pembangunan buku, menggalakkan kebiasaan membaca, dan memudahkan rundingan di antara pihak-pihak yang terlibat dalam produksi dan konsumsi buku.

INFO LANJUT: http://www.kualalumpurbookfair.com/ & KLIBF's Facebook


SELANJUTNYA...


“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”. “Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?” “Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.

Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.

Tidak tahu atau sengaja?

Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.

Tetapi jika seorang muslimah beralasan demikian kerana berhelah dalam kata-kata, sedangkan dia tahu dosa mendedahkan aurat, maka ini adalah musibah yang sangat besar. Bak kata pepatah Arab, “Jika engkau tidak tahu, ia satu musibah. Tetapi jika engkau tahu, maka musibahnya lebih besar”.

Apakah jawapan untuk menjawab mereka yang mendedahkan aurat dengan beralasan demikian?

Analogi topi keledar

1- Alasan bahawa tidak perlu menutup aurat kalau hati masih tidak betul. Tunggu iman sudah sempurna barulah nak tutup aurat.

Kita mengambil contoh undang-undang jalan raya. Setiap penunggang motorsikal di atas jalanraya diwajibkan memakai topi keledar keselamatan. Peraturan ini hendaklah dipatuhi samada pengguna selesa memakai topi keledar atau tidak. Samada dia memakai secara ikhlas mematuhi peraturan atau kerana terpaksa.

Seorang pesalah yang berdepan saman trafik kerana tidak memakai topi keledar, bolehkah dia memberi alasan dia tidak selesa memakainya, ataupun dia masih tidak setulus hati memakainya? Kalau hatinya sudah ikhlas mematuhi peraturan kerajaan, dia akan memakainya satu hari nanti. Adakah boleh diterima alasan demikian?

Begitu juga pemakaian tutup aurat adalah satu undang-undang ketetapan Allah Taala atas setiap mukallaf, tanpa mengambil kira tahap imannya. Tanpa mengira tahap keikhlasan dan ketulusan hatinya. Setiap orang yang bergelar muslim dan muslimah wajib menerimanya samada suka atau tidak, rela atau terpaksa. Hati bersih atau tidak, bukan alasan untuk meninggalkan kewajiapan menutup aurat.

2- Alasan bahawa walaupun dia mendedahkan aurat, tetapi dia menjaga maruahnya, tidak melakukan perkara yang tidak senonoh.

Sekali lagi kita mengambil contoh seorang penunggang motorsikal yang tidak memakai topi keledar keselamatan, kononnya dia seorang yang cermat di jalan raya. Tidak menunggang laju, apatah lagi melanggar lampu isyarat merah. Pada perkiraannya tidak mungkin berlaku kemalangan. Adakah alasan demikian diterima untuk mengecualikannya daripada peraturan topi keledar keselamatan?

Tidak sekali-kali. Walaupun dia mendakwa bahawa dia cermat, adakah dia boleh menjamin pemandu-pemandu kenderaan lain juga sepertinya? Betapa ramai pengguna jalan raya terkorban bukan kerana kesalahan dirinya, tetapi akibat kecuaian pemandu lain di hadapan atau belakangnya.

Demi maslahat umum

Begitu juga kalau ada wanita mendakwa bahawa hatinya suci, imannya tinggi, amalannya soleh dan maruahnya terjaga. Kononnya ia sudah cukup menjamin keselamatan diri dan maruahnya, tanpa perlu menutup aurat. Atau mendakwa bahawa mendedahkan aurat tidak akan menyebabkan dia melakukan jenayah lain.

Tetapi adakah dia berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat auratnya mempunyai hati sesuci hatinya dan iman setinggi imannya juga? Langsung tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan dan belakangnya?

Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Punca gangguan seks dan rogol

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

Kesimpulannya, pemakaian menutup aurat adalah wajib atas setiap muslim dan muslimah, tanpa mengira tahap iman dan ikhlasnya. Dan Kewajipan wanita menutup aurat bukan setakat bagi memelihara maruahnya, tetapi bagi menjaga kemaslahatan masyarakat sekelilingnya.

*Copypaste dari Sunnah's Facebook (Siapa author asal?)

Ekstra

Berikut saya tambah dalil-dalil yang menyeru wanita untuk bertudung dan menutup aurat dengan sempurna. Bagi mereka yang selalu beralasan "belum sampai seru" sebenarnya lebih 1400 tahun dahulu Allah SWT telah menyeru anda untuk menutup aurat dengan sempurna.

Maksud firman Allah SWT:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."[an-Nuur 24:31]

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [al-Ahzab 33:59]

Konklusi

Maka, seru apakah yang belum sampai itu? Tepuklah dada tanya iman.

SELANJUTNYA...

Cerita Gay Melayu


COMOLOT adalah sebuah filem pendek berdurasi 8 minit hasil 'kreativiti' seorang pelajar ASWARA. Saya meninjau ulasan-ulasan beberapa blogger tentang filem kontroversi ini. Bagi sebahagian orang seni seperti biasa mereka akan menyandarkan filem ini adalah sebuah karya seni yang bernilai dan sangat kreatif. Manakala bagi orang bukan seni, pastilah mereka akan menganggap ia adalah sebuah karya sampah yang sangat busuk dan jijik!

Sebahagian blogger menyatakan ia ada nilai pengajaran yang baik atau mahu juga disandarkan sebagai dakwah. Seperti ayat lazim yang dilontarkan oleh pembikin filem yang 'gila untung', "Biarlah penonton yang menilai. Masyarakat kita bukan bodoh, hingga tidak tahu menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Ia bergantung kepada individu. Mereka tahu untuk menilai pengajaran di sebalik filem tersebut."

Tetapi apabila menyaksikan sendiri, filem ini dilihat bertujuan untuk mengangkat martabat golongan gay. Di manakah letaknya unsur dakwah?




Di sini saya hendak berkongsi sedikit info hasil kajian dan pemerhatian peribadi terhadap masalah ini.

HOMOSEKSUAL didefinisikan sebagai individu yang melakukan hubungan seksual dengan jantina sejenisnya. Lelaki membuat hubungan seks dengan lelaki disebut sebagai GAY dan wanita yang melakukan hubungan seks dengan wanita disebut LESBIAN.

Fakta sejarah

Masyarakat Sadum iaitu kaum Nabi Luth a.s telah dikenalpasti sebagai pemula kepada gejala songsang ini. Selain jenayah seperti mencuri, merampas dan merompak, maksiat yang paling menonjol yang menjadi ciri khas hidup masyarakat Sadum adalah perbuatan homoseksual (liwat) di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ia merupakan suatu kebudayaan bagi kaum Sadum.

Firman Allah SWT: "Dan Nabi Lut juga (Kami utuskan), ingatlah ketika ia berkata kepada kaumnya: "Patutkah kamu melakukan perbuatan Yang keji, Yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari penduduk alam ini sebelum kamu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum Yang melampaui batas." [al-A'raaf 7:80-81]

Mencintai rakan sejenis sebagai pasangan

Cinta kepada Allah SWT adalah merupakan cinta yang paling agung, mengatasi segala kecintaan selain daripada-Nya. Allah SWT tegaskan hal ini dalam firman-Nya:

"Dan di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah (berbanding selainnya)..." [al-Baqarah 2:165]

Cinta kepada Allah adalah dengan mentaati segala perintah-Nya sama ada berupa suruhan atau larangan untuk mencari keredaan-Nya. Cinta kepada Allah juga dibuktikan dengan taat kepada nasihat, teguran dan larangan Rasulullah s.a.w.

Termasuk cinta kepada Allah ialah apabila seseorang itu hanya mencintai jantina yang berbeza sebagai pasangan hidup. Firman Allah SWT:

"Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan." [al-Najm 53:45]

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." [ar-Ruum 30:21]

Justeru itu, sesiapa yang mencintai jantina sejenis untuk dijadikan pasangan hidup, dia sebenarnya mencintai nafsunya melebihi cintanya kepada Allah SWT. Atas dasar inilah dia berani mengarahkan cintanya kepada sesuatu yang berbeza daripada apa yang disusun, diperintah dan diredai oleh Allah SWT.

Jika mencintai sesuatu seumpama mencintai Allah sudah cukup dikira sebagai perbuatan syirik (rujuk surah al-Baqarah ayat 165 di atas, sudah tentu mencintai pasangan sesama jantina yang dilarang-Nya adalah lebih dahsyat.

Melakukan hubungan seks sesama jantina

Hubungan seks yang Allah SWT kehendaki adalah seperti firman-Nya ini:

"Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia.." [al-A'raaf 7:189]

"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia. Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyakan haiwan)!" [Asy-Syuara 26:165-166]

Apapun hubungan seks yang kontra daripada kehendak Allah SWT maka ia adalah dilarang. Maka hukumnya adalah haram dan berdosa.

Mencegah lebih baik dari merawat

Islam telah menggariskan langkah-langkah awal pencegahan daripada tercetusnya hubungan songsang ini.

Sabda Nadi s.a.w: "Tidak boleh seorang lelaki melihat aurat lelaki yang lain dan tidak boleh seorang wanita melihat aurat wanita yang lain. Tidak boleh seorang lelaki menyentuhkan badannya kepada badan lelaki yang lain di dalam satu selimut dan tidak boleh seorang wanita menyentuhkan badannya kepada badan wanita yang lain dalam satu selimut." [Sahih Muslim hadith no. 338]

Antara faktor-faktor terarahnya perasaan atau nafsu songsang ini adalah seperti ibubapa yang obses mahukan anak perempuan. Tetapi yang lahir tetap lelaki. Maka dipakaikan anak itu dengan pakaian kanak-kanak perempuan dan dihadiahkan permainan kanak-kanak perempuan seperti teddy bear.

Selain itu, tiada keseimbangan antara peranan ibu dan ayah juga menyumbang kepada berlakunya gejala ini. Jika anak lelaki banyak meluangkan masa bersama ibu dan adik beradik wanitanya tanpa kehadiran ayahnya, kemungkinan dia akan mengikut sifat-sifat kewanitaan ibunya itu. Hasilnya, naluri anak lelakinya itu terarah kepada kewanitaan.

Saya tertarik dengan senarai punca tercetusnya gejala songsang ini yang dijelaskan oleh Hafiz Firdaus Abdullah di dalam bukunya, ISLAM : Jantina & Seks. Antara lain beliau mengatakan mengenai pendidikan seks yang salah.

"Ibubapa perlu memberi pendidikan seks yang betul kepada anak-anak mereka. Maksud betul di sini ialah seorang anak lelaki dididik agar cenderung dan minat kepada perempuan dan sebaliknya. Pada waktu yang sama, anak-anak dididik cara perhubungan yang betul agar tidak terjadi sesuatu yang dilarang oleh agama."

Kemudian beliau menambah, "Ingat! Islam menginginkan hubungan seksual antara lelaki dan wanita (heteroseksual) dan hubungan ini ada syarat-syaratnya. Kesongsangan berlaku apabila anak-anak dididik seolah-olah semua hubungan antara lelaki dan wanita adalah haram. Didikan yang melampui batas inilah yang menyebabkan anak-anak membesar dengan kecenderungan seks yang berlawanan fitrah ciptan mereka."

Asrama dan sekolah satu jantina

Selain itu, saya juga ada terbaca cerita-cerita sensasi tentang fenomena ini di majalah seperti Mastika. Antara tempat membiaknya gejala ini adalah di asrama sekolah, terutama sekolah-sekolah yang mengambil pelajar satu jantina sahaja. Ia juga tidak terkecuali bercambah di sekolah-sekolah aliran agama.

Hafiz Firdaus menceritakan tentang seorang lelaki lingkungan umur lewat 20-an yang menelefonnya mengadu cabaran hidup yang dihadapinya. "Cabaran itu ialah minatnya dari sudut seksual kepada sesama lelaki (gay). Sepanjang hidupnya dia dididik bahawa wanita adalah haram bagi lelaki dan semasa zaman awal universiti, dia diliwat secara paksa beberapa kali oleh seniornya. Semua ini mengakibatkan dia mengalami konflik seksual yang sukar diselesaikan."

Lelaki seksi dan dedah aurat

Hal ini selalu dikesampingkan oleh banyak pihak. Mereka menganggap ia perkara remeh. Sebaliknya yang dirisaukan hanyalah mengenai wanita yang mendedahkan aurat dan seksi menggoda lelaki. Perlu diketahui, lelaki yang seksi dan mendedahkan auratnya tanpa segan silu juga menyumbang kepada gejala tidak sihat ini.

Melalui laman sosial seperti Facebook, Friendster dan Myspace umpamanya dapat dilihat para lelaki meletakkan gambar mereka yang seksi dan mendedahkan aurat. Ia bukan sahaja menarik minat wanita tetapi juga lelaki. Kebanyakan acara sukan juga cuai terhadap persoalan aurat lelaki.

Imam al-Nawawi ada menjelaskan hal tersebut di dalam kitabnya, al-Minhaj: "Dan demikianlah juga, diharamkan ke atas seorang lelaki melihat wajah seorang lelaki yang muda lagi tampan, tanpa membezakan sama ada ia dilihat dengan shahwat atau tidak, tanpa membezakan sama ada ia bakal menimbulkan fitnah atau tidak."

Kemudian beliau meneruskan penjelasan, "Ini kerana ketampanan wajah seseorang lelaki tidak jauh berbeza dengan kecantikan wajah seorang wanita. Bahkan kebanyakan daripada mereka lebih menarik berbanding kebanyakan wanita. Justeru itu, adalah lebih haram melihat wajah lelaki yang muda lagi tampan berbanding melihat wajah wanita. Ini kerana dari seorang lelaki yang muda lagi tampan, mungkin timbul kejahatan yang tidak mungkin timbul dari seorang wanita." [al-Minhaj jld 3 ms. 145]

Salah faham terhadap takdir

Ada di kalangan pengamal seks luar tabi'i ini pandai berhujah dengan menjawab bahawa ia adalah takdir yang sudah Allah SWT tetapkan untuknya dan mereka meredai ketentuan daripada Ilahi itu.

Menurut Hafiz Firdaus, "Ini adalah kefahaman yang salah terhadap takdir." Ketahuilah bahawa keredaan terhadap takdir yang tidak disukai pada ukuran manusia terbahagi kepada 2 iaitu:

PERTAMA: Takdir yang berupa musibah seperti penyakit dan kemiskinan. Maka kita dianjurkan untuk reda dan dalam waktu yang sama berusaha untuk mencari takdir lain yang lebih baik, seperti kesembuhan daripada penyakit dan kecukupan sesudah kemiskinan.

KEDUA: Takdir yang berupa sesuatu yang dilarang agama, seperti kecenderungan jantina dan seks yang berlawanan dari fitrah manusia. Maka, tidak ada dalil yang menganjurkan kita untuk reda dengannya. Sebaliknya semua dalil yang telah disertakan di atas mewajibkan kita untuk membencinya dan berusaha ke arah takdir lain selari dengan tuntutan agama.

Solusi

Kepada individu yang sudah terjerumus ke kancah gejala ini, solusinya adalah seperti sabda Nabi s.a.w ini:

"Kita baru kembali dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang lebih besar. Sahabat terkejut dan bertanya, "Peperangan apakah itu wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Peperangan melawan hawa nafsu." [Riwayat al-Baihaqi]

Justeru itu, usaha anda untuk menahan nafsu ke arah hubungan songsang itu adalah jihad yang sangat tinggi nilainya. Walaupun kadangkala anda tertewas juga tetapi teruskanlah berjuang untuk melawannya.

Berdoa dan memohon kekuatan daripada Allah SWT tanpa rasa jemu dan jangan putus asa. Jihad anda pasti akan ada ganjarannya. Jangan pernah sombong. Teruskan memohon supaya nafsu songsang anda dikembalikan kepada saluran yang betul iaitu berkahwin dengan wanita dan menjalani kehidupan yang normal kembali.

*Ditulis oleh: Fauzi Sabri dengan merujuk: al-Islam.com (rujukan tafsir Quran) Google, Wikipedia, Youtube dan buku ISLAM: Jantina & Seks.

Apple iPod touch 32 GB (3rd Generation) NEWEST MODEL 

SELANJUTNYA...

Trough My Window - Tomok


SELANJUTNYA...


Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.

Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.

Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya.

Dari sudut yang lain, tagging adalah satu operasi penyebaran gambar kepada khlayak pengguna Facebook secara berleluasa. Lagi banyak nama-nama yang ditag pada satu-satu gambar, bererti makin ramai pengguna yang dapat melihat gambar tersebut. Contohnya, satu gambar ditagkan kepada 10 pengguna, dan setiap pengguna secara purata mempunyai 200 orang kawan atau ‘friends‘. Bererti sekurang-kurangnya 2000 pengguna dapat menatap gambar tersebut.

Jadi apa masalah dengan penyebaran gambar ini? Masalahnya ialah apabila gambar yang ditagkan kepada ramai pengguna itu mengandungi unsur yang tidak baik. Contohnya, pendedahan aurat atau lain-lain kandungan yang mengaibkan dan menjatuhkan maruah.

Saya sedih melihat sebahagian rakan-rakan pengguna Facebook yang makin terhakis rasa malunya. Tidak segan memuat naikkan gambar-gambar yang mendedahkan aurat lagi mengaibkan. Yang lelaki meletakkan gambarnya tanpa berbaju, memperagakan pusatnya, berseluar pendek, menampakkan pehanya. Yang perempuan meletakkan gambar sekumpulan anak dara waktu di asrama wanita dengan masing-masing berpakaian tidur mendedahkan rambut dan aurat lain.

Kemudian, gambar-gambar mengaibkan ini disebarkan pula dengan cara tagging kepada pengguna lain seberapa ramai yang boleh. Sekurang-kurangnya dia telah melakukan dua kesalahan.

PERTAMA: Memuat naikkan gambar yang mendedahkan aurat, dan memberi peluang kepada pengguna lain dari kalangan rakan-rakannya menatap gambar-gambarnya yang mendedahkan aurat. Hukumnya, rata-rata ahli fatwa berautoriti pada zaman kini berpendapat memperlihatkan gambar mendedahkan aurat kepada orang lain adalah haram. Ia termasuk dosa bantu-membantu dalam perkara maksiat.

KEDUA: Menyebarkan gambar tersebut kepada rakan-rakan pengguna lain melalui fungsi ‘tagging‘, mendedahkan lagi gambar tersebut kepada khalayak pengguna yang lebih ramai. Dosanya lebih besar, kerana dia menjadi penyebab kepada berleluasanya satu maksiat kepada Allah. Kaedah dalam agama menyatakan orang yang menunjukkan kepada satu kejahatan, akan dibebankan dengan dosa tersebut dan dosa orang yang melakukannya.

Amat malang orang yang dibebankan dengan dosa yang banyak lagi berterusan, disebabkan oleh perbuatannya menyebarkan gambar yang demikian.

Saya menyeru kepada semua rakan-rakan pengguna Facebook, jika ada gambar-gambar yang dimuat naikkan mengandungi unsur yang mendedahkan aurat dan mengaibkan, wajarlah ia dipadam. Jangan memandang perkara ini satu isu remeh.

Kerana resam orang beriman, melihat satu dosa umpama gunung yang hampir menghempapnya. Sebaliknya resam orang kafir, melihat satu dosa umpama lalat yang hinggap di batang hidungnya.


*sumber: Sunnah's Facebook (Artikel ini sangat memberi kesan kepada saya. Teruja untuk berkongsi kepada semua. Ia adalah suatu yang perlu kita ambil perhatian serius. Sesiapa yang sudah terlajak dan insaf, sila ambil tindakan pembetulan)


Ini sumber asal: www.abuumair1.wordpress.com

SELANJUTNYA...


PADA 17 Oktober 2009, peguam terkenal Amerika Syarikat (AS) yang bertaraf jutawan, Mark Shaffer secara rasmi memeluk Islam di Arab Saudi. Beliau yang mengendalikan pelbagai kes perundangan sivil, memeluk Islam ketika bercuti 10 hari di negara itu untuk melawat bandar terkenal seperti Riyadh, Abha dan Jeddah.

Di AS, beliau seorang yang sangat dikenali lebih-lebih lagi Shaffer ialah peguam yang mengendalikan kes raja pop Michael Jackson, iaitu seminggu sebelum superstar itu meninggal dunia pada 25 Jun 2009. Sebagaimana yang diceritakan oleh pemandu pelancong, Dhawi Ben Nashir yang mengiringi Shaffer sepanjang percutian di Arab Saudi itu, peguam itu memeluk Islam dengan penuh kerelaan.

"Sejak hari pertama Shaffer menjejakkan kakinya di Tanah Arab, beliau bertanyakan pelbagai soalan mengenai Islam terutamanya mengenai solat. Selepas bercuti selama dua hari di Riyadh, sebuah bandar yang agak moden, kami kemudiannya bertolak ke Bandar Najran untuk melawat dua kawasan iaitu Abha dan Al-Ula."

"Di situ, minat beliau terhadap Islam semakin bercambah lebih-lebih lagi apabila berada di padang pasir yang gersang dan tandus. Namun semua ini memberikan pelbagai kesan tersendiri kepada jiwa Shaffer," katanya.

Shaffer dikatakan begitu tertarik melihat gelagat tiga pemuda yang turut mengikuti rombongan itu mendirikan sembahyang di tengah-tengah padang pasir yang luas.

Suasana itu memberikan satu pemandangan yang cukup indah kepada peguam tersebut.
Selepas itu mereka ke Al Juf dan sejurus tiba di sana, Shaffer meminta Dhawi mendapatkan beberapa buah buku mengenai Islam. Sehari suntuk Shaffer menghabiskan masa dengan hanya membaca buku-buku tersebut.

"Keesokan pagi, Shaffer terus meminta saya supaya mengajarnya bagaimana melakukan solat. Tanpa banyak masalah saya pun menerangkan cara-cara untuk mendirikan solat termasuk mengambil air sembahyang," kata Dhawi.

Tanpa disangka, Shaffer kemudiannya berdiri di sebelah Dhawi dan mereka bersama-sama mendirikan solat.

Selepas bersolat dan berdoa, Shaffer berterus terang kepada Dhawi mengenai jiwanya yang kini dirasakan cukup tenang dan damai, suatu nikmat perasaan yang tidak beliau pernah rasakan sebelum ini. Ketika itu peguam berkenaan hanya ingin merasa sendiri kesan solat terhadap dirinya walaupun masih belum memeluk Islam secara rasmi.

Pada petang Khamis itu mereka meneruskan perjalanan ke bandar Jeddah. Sepanjang perjalanan itu Shaffer tidak putus-putus membaca buku mengenai Islam. Apabila tiba dan menginap di sebuah hotel di Jeddah, Dhawi meminta kebenaran Shaffer untuk keluar mengerjakan solat Jumaat.

"Bolehkah saya pergi bersama-sama awak? Nanti, bolehlah saya melihat sendiri bagaimana yang dikatakan solat Jumaat itu," kata Shaffer.

"Silakan, tidak ada masalah, marilah," ajak Dhawi.

Setibanya mereka di sebuah masjid yang terletak tidak jauh dari hotel penginapan, Shaffer dan Dhawi terpaksa solat di luar masjid. Mungkin kerana mereka tiba agak lewat, para jemaah telah melimpah ke luar masjid.

Menurut Dhawi, beliau melihat sendiri bagaimana Shaffer begitu asyik menyaksikan gelagat umat Islam mengerjakan solat terutama sebaik sahaja masing-masing selesai mengerjakan solat itu. Para jemaah tanpa mengira latar belakang, miskin kaya dan sebagainya mereka semuanya saling bersalaman dan berpeluk dengan wajah yang ceria dan gembira.

Unik dan indah

Shaffer mengakui beliau begitu mengagumi pemandangan yang disifatkan begitu unik dan indah itu. Sebaik sahaja tiba di hotel, tanpa ragu-ragu lagi Shaffer memberitahu Dhawi keinginannya memeluk Islam secara rasmi.

Dhawi tidak terkejut malah meminta supaya Shaffer membersihkan diri, iaitu mandi sunat dan kemudiannya beliau membimbing peguam itu melafazkan dua kalimah syahadah. Maka rasmilah jutawan AS itu memeluk Islam setelah mengamati dan tertarik dengan suasana serta bagaimana agama itu begitu kuat diamalkan di Arab Saudi.

Seusai memeluk Islam itu, Shaffer menyatakan hasratnya untuk mengunjungi dan beribadat di Masjidil Haram di Mekah, sebelum mengakhiri percutiannya di Arab Saudi. Bagi memenuhi hasrat Shaffer itu, Dhawi membawanya ke pejabat Dakwah dan Irshad di Al Hamro Jeddah bagi mendapatkan pengesahan mengenai pengislaman peguam itu.

Shaffer kemudiannya mendapat sijil sebagai dokumen rasmi yang membenarkan Shaffer untuk memasuki kota Mekah dan beribadat di Masjidil Haram. Beliau kemudiannya diiringi Muhammad Turkistani yang bermurah hati membawa Shaffer masuk ke Tanah Suci Mekah dan bersama-sama beribadat di situ.

Sebaik sahaja Shaffer dapat memasuki Masjidil Haram di mana tersergam di hadapannya kini kaabah yang menjadi kiblat dan tumpuan ibadah umat Islam wajah Shaffer begitu gembira dan berseri-seri. "Tidak dapat dibayangkan betapa gembira malah begitu terharu kerana sukar mempercayai bahawa Kaabah kini berada di hadapan mata," kata Shaffer kepada Dhawi.

Syukur atas nikmat Allah

Mulutnya tidak henti-henti mengucapkan syukur atas nikmat Allah kerana dapat berada di hadapan kaabah lebih-lebih lagi dalam tempoh 24 jam baru memeluk Islam. Beliau kemudiannya mengerjakan tawaf mengelilingi kaabah yang diakhiri dengan solat sunat dan doa yang panjang.

Apabila tiba masanya untuk mereka meninggalkan Masjidil Haram, dapat dilihat betapa Shaffer seperti enggan berpisah malah suasana bertukar menjadi sangat sayu. Baru sampai sudah hendak berpisah, hati mana yang tidak sedih!

Dalam satu temuramah dengan akhbar Al Riyadh, Shaffer tidak dapat menghuraikan perasaannya kini setelah rasmi memeluk Islam tanpa paksaan mana-mana pihak. "Tetapi apa yang jelas, dapat dirasakan saya seperti dilahirkan semula dan kehidupan seolah-olah baru sahaja bermula.

"Di samping begitu gembira iaitu kegembiraan yang sukar saya terjemahkan melalui kata-kata apabila diizinkan Allah tidak sahaja dapat mengecap nikmat iman tetapi yang lebih bertuah lagi saya dapat beribadat di hadapan kaabah. Ini menjadikan diri saya sangat mendekati Islam dan tidak mahu berjauhan dari kaabah yang suci itu," katanya. Namun beliau menyedari bahawa dia masih begitu dangkal mengenai Islam.

"Maka menjadi satu tanggungjawab selepas ini untuk saya terus mengkaji dan mendalami agama Allah ini dan yang pasti kembali ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah dan haji," ujarnya dengan penuh azam.

Sebelum ini menurut Shaffer, beliau telah menerima pelbagai maklumat mengenai Islam namun semua itu agak terhad.

"Sehinggalah saya melawat Arab Saudi dan secara peribadi menyaksikan mengenai Islam di sana, melihat sendiri bagaimana mereka mendirikan solat semua itu menyebabkan keinginan saya untuk mengenali Islam semakin kuat. Ditambah apabila saya banyak membaca mengenai Islam semua itu membuatkan saya semakin yakin bahawa Islam adalah agama yang benar," katanya.

*sumber: Utusan Malaysia, & KLIK SINI


SELANJUTNYA...

Lagu dan lirik I GO & Pergi - Aizat



I Go - Aizat

So long, fare thee well
The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life youre my sweetest nightingale
But I cant hear it here no more

And I go
I go...

Hush now, dont shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face



Pergi -Aizat

Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari
kau pergi.. pergi..
sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia

*Aku layan giler la lagu ni....
SELANJUTNYA...

Saya suka berkongsi apa sahaja. Anda suka berkongsi? Apa kata anda kongsi pandangan tentang topik di atas. Silalah komen...anda bebas untuk BERSETUJU atau TIDAK dengan saya.
Blog Widget by LinkWithin


Recommended Money Makers

  • Chitika eMiniMalls
  • WidgetBucks
  • Text Link Ads
  • AuctionAds
  • Amazon Associates