fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

Beberapa hari lepas, seorang rakan lama ajak ngeteh. Setelah melihat status wasap dan perkongsian emas di FB saya, dia tertarik dan mengatur...

Kos Sara Hidup Vs Kos Gaya Hidup


Beberapa hari lepas, seorang rakan lama ajak ngeteh. Setelah melihat status wasap dan perkongsian emas di FB saya, dia tertarik dan mengatur pertemuan.

Namun dalam sesi kupi-kupi @ mamak itu, cerita emas sikit jer. Selebihnya saya menadah telinga menjadi pendengar yang setia. Dia meluahkan segalanya. 

Dia yang hadir bersama Civic yang serba lengkap dengan modifikasi dan rim sporty pada mulanya seolah-olah teruja nak tahu tentang emas.

Tetapi bertukar menjadi semacam sesi kaunseling AKPK pula. Ermmm... takpelah. Saya memang lebih suka mendengar. Sememangnya baka introvert seperti saya ini lebih selesa menyerap daripada menyebar.

Lalu terbitlah cerita yang dia ini sedang berdepan bencana kewangan.  Hutang kad kredit yang sudah tak terkawal. Langsung tiada simpanan. Pendek kata sekarang dia sedang korek lubang kambus lubang.

Saya sangat terkejut dan simpati mendengar luahannya. Tapi apa yang boleh saya buat? Apa, kau ingat aku saudagar emas ada berbiliun-biliun ker? Haha.

Alhamdulillah... dia pun faham. Tujuannya bukan nak meminjam wang daripada saya. Cumanya dia tersentak apabila mula membaca blog saya ini tentang simpanan 3 bulan atau 6 bulan gaji sebagai dana kecemasan. Sedangkan dia langsung tiada simpanan malah bajet dia setiap bulan adalah defisit! Ya expenses dia melebihi income yang dia perolehi.

Sejujurnya saya memang terkedu. Sebab saya tak sangka dia begitu. Melihat postingannya di medsos, saya beranggapan dia adalah salah seorang rakan lama kami yang sukses. Kami semua kagum dan cemburu dengannya.

Dekorasi rumahnya menarik. Kereta modifikasi, rim sporty dan isteri yang jelita penampilan ala artis, anak-anak yang dilihat pakaiannya agak stylo serta gambar-gambar percutian keluarga saban tahun dalam dan luar negara.

Tentulah saya speechless. Mula-mula saya tak serius. Bahkan saya gelakkan sahaja apabila dia berkata, yang dia tiada simpanan walaupun RM1,000. Saya langsung tak percaya. Bagi saya itu hanyalah gurauan.

Tetapi setelah sesi berubah menjadi luahan hati ke hati. Dengan riak wajahnya yang sugul dan penuh emosi. Saya eye contact dengan dia. Tajam mata saya meneroka sepasang bola matanya. Yeah... ini bukan sendaan. Tetapi realiti yang perlu dihadapi.

Perjalanan hidupnya berubah setelah PKP1.0! Tiada lagi gaji yang seperti sebelumnya. Tiada lagi bonus 2 atau 3 bulan seperti lazimnya yang dia dapat.

Periuk yang besar ditanak nasi yang banyak beserta kerak yang sangat tebal dan keras.

Nasihat Saya

Cubalah semak semula hutang yang ada. Strukturkan semula. 

Lihat apa keperluan dan apa kemahuan. Saya yang tidak dibebani komitmen ini pun tiada hutang penapis air canggih, tiada bil langganan tv berbayar, tiada netflix dan tiada juga internet di rumah. Bil utiliti saya hanyalah air dan api sahaja.

"Jika kamu boleh potong yang ini, saya yakin kamu boleh start menabung."

Dia mengangguk dan tanpa diminta mula bercerita tentang penapis air rumahnya yang perlu dibayar RM150 sebulan selama 5 tahun. Saya hanya meleret senyum sambil mengangkat kening sebelah.

Saya menambah, adakah itu keperluan? Dia diam. Lalu saya kata, berkurun-kurun sudah nenek moyang kita dahulu hidup sihat dan kuat dengan meminum air paip yang dimasak.

Just imagine. RM150 darab 12 darab 5. Berapa? Jika kamu menabung RM150 sebulan, selepas 5 tahun, kamu akan ada tabungan sebanyak RM9,000.00. Sedar tak penapis air canggih kamu itu bernilai hampir 10K? Dan kerana ia juga bil elektrik kamu melambung tinggi. 

Di hujung pertemuan, saya sempat menitipkan sedikit nasihat. 

Pertama ubah gaya hidup. Kos sara hidup di Malaysia tidaklah terlalu tinggi berbanding negara maju yang lain. Yang mahal adalah kos gaya hidup.

Kedua, carilah sumber pendapatan kedua. Contohnya, jika ada modal jadilah wakil jualan KAB Gold. Lantas saya mengajar dia bagaimana nak jadi gold saver yang berjaya. Jadilah gold saver + gold advisor. 

Simpan emas lalu mengajak orang menyimpan emas. Maka anda akan dapat manfaat berganda.

Tak perlu salahkan sesiapa. Fokuslah kepada apa yang dalam kawalan kita. 

Langkah pertama, jom sertai saya di telegram. klik sini: http://t.me/myKABGold

Fauzi Sabri
#Penapoji

1 comment: