fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

Sejak sekian lama, saya telah menekuni setiap perkongsian di blog Tuan Mohd Zulkifli Shafie di mohdzulkifli.com . Sejujurnya, melalui tulisa...

Sukan Itu Murah, Yang Mahal Gayanya


Sejak sekian lama, saya telah menekuni setiap perkongsian di blog Tuan Mohd Zulkifli Shafie di mohdzulkifli.com. Sejujurnya, melalui tulisan beliaulah saya mula insaf dan sedar akan hakikat tujuan hidup ini.

Melalui perkongsian kisahnya, saya terinspirasi. Setiap artikel tulisannya benar-benar membekas di jiwa.

Ibu segala artikel yang membuatkan mindset saya berubah ialah Hidup Di Bawah Paras Kemampuan. Melaluinya saya berupaya mengekang nafsu boros yang liar.

Pernah saya timbul keinginan untuk memiliki Iphone melalui pakej langganan bulanan telco. Saya dah buat kiraan dan memang mampu. Tetapi sebelum bertindak ke arah itu, saya segera membuka blog beliau dan menekuninya kembali.

Ajaibnya sejurus itu nafsu memiliki iphone secara berhutang itu lenyap begitu sahaja. Saya tukar kepada henfon baharu juga tetapi beli cash harga bawah RM1,000. Saya tiada rekod memiliki henfon di atas 1K.

Sukan Itu Murah, Yang Mahal Gayanya!

Saya pernah jugalah merasa subsribe gym. Bukan sebarang gym tetapi Selebriti Pitnes selama setahun. Sebulan yuran langganannya adalah RM165. Darablah 12 bulan sama dengan RM1,980.00. 

Jika saya menabung? Saya sudah dapat lebih daripada 1 dinar emas.

Kemudian sebelum itu saya ni kira kaki hiking jugalah. Gunung Datuk, Angsi, Hantu Berembun. Sampailah ke Berekeh di Sungai Siput Perak, Gunung Papulut di Gerik dan beberapa lagi yang saya tidak ingat. Bila lutut dah mula longgar dan meletup-letup, saya pun bersara wajiblah. Haha.

Sukan Zero Modal

Melalui perkongsian Tuan Zulkifli, bersenam atau bersukan dengan tujuannya untuk fit dan sihat sebenarnya zero modal. Sungguh! Kita boleh mencapai objektif tersebut dengan tanpa keluar sesen pun!

Orang pergi gym, kita pun nak pergi. Trend orang kayuh basikal kita pun terikut. Itu sukan yang perlukan wang. Tetapi matlamatnya sama dan boleh dicapai dengan bersenam tanpa modal.

Bahkan, bukan sahaja tanpa modal tetapi juga hampir tiada risiko!

Apa sukannya itu? Joging atau brisk walk di taman rekreasi atau di sekeliling kediaman sendiri. Bahkan di kebanyakan kawasan riadah awam tersedia outdoor gym yang percuma.


Saya begitu teruja dengan perkongsian beliau itu. Tepat sekali. Bukan sahaja risiko rendah, malah pilihan beliau itu tak perlukan modal.

Saya biasa mendengar kisah kawan-kawan cycling ni. Ada yang jatuh kemalangan patah bahu. Basikal pula total lost. Bahkan ada yang maut juga. Memang high risk apabila anda memilih menunggang basikal yang berkongsi jalan dengan kenderaan jentera lain.

Ada pula yang sanggup berhutang semata-mata ingin memiliki basikal bernilai belasan ribu. Seronok berkayuhan bersama rakan-rakan sambil singgah jalan-jalan cari makan di hujung minggu. Kemudian bila trend itu surut, atau dia sendiri dah tak larat, basikal belasan ribu itu tersadai.

Tidaklah menjadi kesalahan bagi mereka yang mampu. Bahkan tulisan ini bukanlah suatu kondeman. Cumanya seperti apa yang dikongsikan Tuan Zulkifli, kita buatlah pilihan sendiri. Hidup ini pilihan. Kita bebas memilih. Tetapi kita tidak bebas memilih kesan daripada pilihan kita itu.

Amat malang bagi mereka yang beralasan tak cukup wang untuk menabung, tetapi dalam masa yang sama mereka sanggup berhabisan wang yang banyak untuk membiayai gaya sukan.

Walhal kita boleh sahaja bersukan tanpa modal, sekali gus dapat mengalihkan wang tersebut ke dalam tabung simpanan!

Fauzi Sabri
#PenaPoji

Saya sudah mula menyimpan. Tetapi tabung saya selalu bocor. Macam mana nak buat? Saya simpan sikit-sikit tapi tak sampai setahun saya korek balik sebab geram tengok sale di lajada dan coppi?

Apa kata cuba simpan dalam bentuk emas pula. 
InsyaAllah simpanan itu kekal bertahan dan senang bertambah.

Nak tahu lebih lanjut? Jom daftar sekarang.


Bimbingan berterusan di bit.ly/NotaEmasFS

Like | Komen | Follow | Share

0 Reviews: