fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

Saya ahli sebuah whatsapp group LSB. Nama panjangnya Lembah Santai Berbaring. Ahlinya terdiri daripada pelbagai latar. Ada saudagar emas. Ad...

Oghe Klate Ni Makan Nasi Kuah Budu Jah



Saya ahli sebuah whatsapp group LSB. Nama panjangnya Lembah Santai Berbaring. Ahlinya terdiri daripada pelbagai latar. Ada saudagar emas. Ada tauke ikan laga, ais krim Malaysia, pau, ayam pencen dan sebagainya. 

Ada juga tauke mr cheekang, kurma, donut gebu, dexandra, pepes dan otak-otak. Adminnya pula tauke henfon. Selalu update spesifikasi henfon terkini untuk meracun kami. Ohh ada juga tauke sabun!

Dari segi kerjaya hakiki, latarnya pelbagai juga. Ada profesional seperti yang bijaksana peguam, ‘si arif’, pustakawan, imam, ustaz, pakar IT (acah-acah), kerani dan sebagainya. 

Topik yang digebangkan dalam LSB ni pula merencam. Pasal teori konspirasilah. Politik ada. Sukan ada. Agama tentulah sebab ada imam kan. Perdebatan harmoni pasal wahabi, syiah dan sebagainya. Pasal kewangan juga adalah terselit sikit. Selebihnya hal-hal lelaki. Sebab group ni 100% jejaka. So… kerap jugalah ‘masuk air.’ 

Bolehkah Menyimpan Lebih 20% Gaji? 


Suatu ketika saya bercerita di grup ini perihal luar biasa seorang sahabat lama saya. Namanya Anuar. Kami panggil Nuwo Kaweok je. Berasal daripada Negeri Serambi Makkah. Mungkin keturunan Cik Siti Wan Kembang kot. 

Nuwo Kaweok ini adalah rakan serumah saya ketika tinggal di Sungai Besi, KL. Kami sejawatan. Saya juruteknik komputer di Akademi Tentera Malaysia (ATMA) manakala dia di sebelah iaitu Maktab Tentera Diraja (MTD) sekitar tahun 2003 – 2008 rasanya. 

Setelah beberapa bulan bertugas di bawah Kementerian Pertahanan, kami ditawarkan untuk menjadi ahli Koperasi Tentera (KT). Saya dan Nuwo Kaweok pun masuklah. Saya masuk dengan potong gaji RM100 sebulan sebagai syer koperasi tersebut. 

Dalam masa yang sama, setelah diracun oleh abang-abang senior, saya juga buat loan dengan KT sebanyak RM10K dengan seorang penjamin. Loan tersebut telah langsai pada tahun 2010. Seingat saya duit loan tersebut saya buat down payment Iswara Kereta Kebal. (Dosa Kewangan 1). 

Beberapa tahun lepas, saya sempat ziarah raya ke rumah Nuwo Kaweok ni. Ketika itu dia sudah menjawat penolong pegawai teknologi maklumat dan sedang menyambung pengajian di peringkat ijazah secara full-time. 

Ketika pertemuan itulah dia telah pecah lubang. 

“Dulu demo masuk syer KT brapo? Kawe masuk RM500.” 

Terbeliak biji mata saya. 

Tahu tak ketika itu basic kami ialah RM1,003.57. Termasuk elaun jadilah dalam RM1,500. 

Ishhhh…. Camno mamat ni boleh bulat tekad tolak gaji RM500 sebulan? Tinggal di KL beb! 

Mari kita sama-sama congak. RM500 sebulan darab 12 bulan sama dengan RM6,000. Kami join KT tahun 2003. Sekarang dah 2021. 

RM6,000 darablah dengan 18 tahun. Sama dengan? RM108,000.00 kannnn. 

OK. Saban tahun KT bagi dividen tidak pernah kurang daripada 10%. Mula-mula dulu kami pernah merasa div 15% tau. 

Jadi mari kita kira dividen Nuwo Kaweok pada tahun depan sekiranya KT masih mengekalkan div 10%. Berapa? Ya betul… RM10,800.00. 

Saya pula? Korang kiralah sendiri. Haha. 

Bagaimana Nuwo Kaweok boleh bertindak mengekang nafsu dan hidup seadanya? 

Nampak selekeh tapi berduit. Sekarang pun dia rileks dan tenang sahaja. Beli dan tinggal di rumah flat kos rendah di Bangi. Entah berapa banyak pula aset lain yang dia miliki saya tak tahu. 

Ceritera ini saya post dalam LSB. Lalu seorang rakan membalas dengan voice, “Oghe Klate ni makan nasi kuah budu jah!” Saya gelak terbahak sambil terbayangkan dividen saban tahun yang Nuwo Kaweok terima. 

Yer… kebijaksanaan dia sewaktu remaja (20-an) dahulu dengan menundukkan nafsu memberi kesenangan dan ketenangan hidup ketika usianya menginjak 4 series kini. 

Patutlah dulu…. dia langsung tak kepingin nak seluar levis, padini dan lain-lain. Jika kami merayap ke Bukit Bintang, KLCC, Mid Valley dan sebagainya, dia hanya meneman dan window shopping jer. Banyak keperluannya dijumpai di uptown atau downtown sahaja. 

Ok ini kisah kebijaksanaan Nuwo Kaweok. 

Ternyatalah, sesungguhnya gaya hidup di bawah kemampuan itu bukanlah dosa. Jangan malu hidup di bawah kemampuan. Tetapi malulah jika hidup bergaya dengan hutang! 

Kita pula bagaimana? Seperti selalu, saya ulang pesan Opah saya, “Better late than never!” 

Adakah antara kita yang masih gagal menabung? Belum ada simpanan 6 bulan gaji? 3 bulan? Jom saya bantu. Tips & trick dikongsi secara terperinci di telegram Lubuk Ilmu Emas. Klik sini untuk join: NotaEmas KAB Gold

Fauzi Sabri
#PenaPoji

Dapat sesuatu daripada kisah ini? 

Like | Komen | Follow | Share


Jom mulakan simpanan emas




1 comment:

  1. South Korea’s playing legal guidelines are pretty much just as strict, minus the extreme punishments. All types of online playing are unlawful and land-based institutions are extremely limited. It has been reported that South Korean nationals have even been prosecuted for playing in} whereas abroad. You should due to this fact not expect to find to finding|anticipate finding} any good localization options at 코인카지노 online casinos for the Korean peninsula as a complete.

    ReplyDelete