fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

  Emas adalah wang antarabangsa yang laku di mana saja. Nak pergi ke negara lain, kita mesti tukar duit kita dengan duit negara tersebut. Se...

Nota Emas 9: Kekuatan Emas Berbanding Tunai

 

Emas adalah wang antarabangsa yang laku di mana saja.

Nak pergi ke negara lain, kita mesti tukar duit kita dengan duit negara tersebut. Sebab duit kita tak laku di negara orang.

Tapi kalau bawa emas, emas diterima di mana-mana negara. Boleh dijual atau digadai di pajak gadai negara tersebut.

Emas tiada tempoh luput.

Belilah emas pada apa zaman sekalipun, jika disahkan tulen, maka ia laku untuk dijual beli.

Mungkin kita pernah membeli emas pada suatu masa dengan harga yang sangat rendah. Tetapi harganya tetap akan dikira harga semasa apabil mahu dijual atau dibeli.

Duit ada expiry date. Jika kerajaan menetapkan bahawa sesetengah wang kertas (sebagai contoh Malaysia pernah menggunakan wang kertas RM2) sudah tidak laku, maka sesiapa yang menyimpan duit tersebut sudah tidak boleh menggunakannnya.

Emas bernilai walaupun patah, bengkok, hancur dan sebagainya.

Emas dikira dengan berat. Jadilah bentuk apa pun - hatta debu sekalipun - jika masih boleh ditimbang maka ia tetap akan mempunyai harga.

Emas 100 gram jika dipotong 2 maka ia akan menjadi 50 gram setiap satu.

Duit usahkan hangus terbakar menjadi debu, terkoyak sedikit pun sudah tidak laku lagi.

Duit RM1 jika dikoyak 2, ia tidak jadi 50 sen setiap satu. Tetapi ia akan jadi 0 sen.

Emas akan menjadi penyelamat di kala berlaku pergolakan politik dan ekonomi.

Bila sesebuah negara tidak stabil, matawangnya sendiri pun tidak boleh digunakan.

Bila ada pergeseran politik, ketidakstabilan ekonomi dan masalah kesihatan global seperti covid, semua orang melepaskan pegangan terhadap aset dan pelaburan lain dan beralih kepada emas.

Sebab itu emas dikenali sebagai safe-heaven investment. Pelaburan yang akan menyelamatkan diri pelabur dari ketidakpastian.

Bila keadaan begitu berlalu, harga emas pasti akan melambung tinggi.

Emas menyimpan nilai.

Nilai emas meningkat jangka panjang. Manakala nilai duit menjunam turun.

Emas yang sama berat boleh membeli barang yang lebih banyak pada masa depan. Sedangkan duit yang sama banyak tidak boleh membeli barang yang sama pun.

Emas yang sama berat boleh membeli barang yang lebih banyak pada masa depan. Sedangkan duit yang sama banyak tidak boleh membeli barang yang sama pun.


#KAB


Belum daftar Uncang Emas KAB Gold?

Layari www.kabgold.my/register

masukkan Kod Introducer KAB00004842

dan isi maklumat yang diminta.

 

Kalau nak saya bantu daftarkan?

klik sini: bit.ly/DaftarKABGold

 

Bimbingan berterusan: bit.ly/NotaEmasFS

#KAB00004842

Ingat emas, segalanya di KAB Gold.

 

- Like | Komen | Follow | Share -

0 Reviews: