fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

Asalnya, emas digunakan secara turun temurun sebagai alat pertukaran atau matawang. Tradisi ini telah bermula berkurun lamanya sebelum Islam...

Nota Emas 22 : Emas Adalah Wang Sebenar


Asalnya, emas digunakan secara turun temurun sebagai alat pertukaran atau matawang. Tradisi ini telah bermula berkurun lamanya sebelum Islam dan diteruskan pada zaman Nabi Muhammad SAW dan beberapa generasi selepas itu. 

Pada era keagungan Khilafah Islamiyyah, wang emas dikenali sebagai dinar manakala wang perak dikenali sebagai dirham. Dari sudut berat dan nilai, ia kekal sebingga ke hari ini. 

Sebagai contoh, seekor kambing pada zaman Baginda SAW berharga 1 dinar. Manakala harga 1 dinar pada hari ini ialah sekitar RM800. Itulah juga harga seekor kambing yang bersaiz sederhana sekarang! 

Apabila wang fiat (kertas yang dicetak nombor dan dipakaikan nilai) diperkenalkan, ia masih lagi bersandarkan emas. Ini bermakna, wang kertas tersebut bertindak sebagai voucher yang mewakili jumlah emas yang dimiliki dan disimpan oleh pemiliknya. 

Lewat kurun ke 19, majoriti matawang negara di dunia diikat dengan nilai emas mengikut kiraan ounce. Ia tertakluk kepada "Standard Emas". Akhirnya pada bulan Ogos 1971, Presiden Amerika Syarikat ketika itu mengumumkan bahawa Amerika Syarikat akan memutuskan hubungan dollarnya dengan nilai emas fizikal bukan sahaja di negara tersebut tetapi juga di negara-negara lain seluruh dunia. 

Kesannya, wang kertas bebas dicetak berdasarkan permintaan. Emas pula boleh diniagakan dalam pasaran terbuka secara bebas. Inilah sebenarnya menyerlahkan lagi kehebatan emas dibandingkan dengan wang kertas apabila ia kekal utuh sebagai penyimpan nilai. 

Bagi sesiapa yang tahu sejarah emas dan wang kertas akan tahu betapa tidak selamatnya bergantung harap kepada wang kertas tanpa ada sandaran kepada aset seperti emas. 

Dan rahsia yang lebih besar lagi, negara-negara kuasa besar ekonomi seperti Amerika Syarikat yang sentiasa mempromosikan penggunaan wang kertas rupanya-rupanya adalah penyimpan emas fizikal paling besar di dunia. 

Emas tersebutlah yang akan menjadi penyelamat dan insuran kepada negara jika dilanda malapetaka ekonomi seperti krisis kewangan dan sebagainya.

#KAB

Belum daftar Uncang Emas KAB Gold?

Layari www.kabgold.my/register

masukkan Kod Introducer KAB00004842

dan isi maklumat yang diminta.

 

Kalau nak saya bantu daftarkan?

klik sini: bit.ly/DaftarKABGold

 

Bimbingan berterusan: bit.ly/NotaEmasFS

#KAB00004842

Ingat emas, segalanya di KAB Gold.

 

- Like | Komen | Follow | Share -

0 Reviews: