fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

Emas sebenarnya tidak menyebabkan kita menjadi kaya. Tetapi akan memastikan kita tidak menjadi miskin. Orang yang ada duit, tidak semestinya...

Emas Memegang Nilai



Emas sebenarnya tidak menyebabkan kita menjadi kaya. Tetapi akan memastikan kita tidak menjadi miskin.


Orang yang ada duit, tidak semestinya ada emas. Tapi orang yang ada emas pasti ada duit. Emas akan melindungi kekayaan kita. Kerana kita telah mengikatnya dengan berat emas.


Duit kertas amat rapuh. RM50 pada tahun 2000 sudah tidak mampu untuk membeli barang yang sama banyak pada tahun 2020.


1 dinar emas boleh membeli seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW 1,400 tahun yang lepas.


1 dinar sekarang bernilai lebih kurang RM1,150. Ia juga mampu membeli seekor kambing pada masa sekarang.


Aiskrim cornetto pada tahun 80an hanya berharga 80 sen. Aiskrim cornetto yang sama besar sekarang harganya ialah RM2.50.


Kenapa jadi begitu? Ia bukan disebabkan harga aiskrim cornetto naik. Tetapi nilai duit telah jatuh dengan teruk sekali.


Pada tahun 2004, Malaysia memperkenalkan kereta Perodua Myvi. Harganya sekitar RM40,000.


Harga segram emas ketika itu hanyalah sekitar RM40 segram. Jika hendak dibeli sekilogram, harganya sama dengan kereta Perodua Myvi ketika itu iaitu RM40,000. 


Sekarang ini, harga sebuah kereta Perodua Myvi ialah sekitar RM50,000. Jika duit RM40,000 pada tahun 2004 itu masih disimpan, ia sudah tidak cukup untuk membeli sebuah kereta Perodua Myvi.


Tetapi jika kita membeli 1 kg emas pada tahun 2004 berharga RM40,000 dan masih menyimpannya sehingga ke hari ini, ia sudah bernilai sekitar RM250,000. 


Emas 1 kg tadi bukan saja mampu membeli kereta Perodua Myvi bahkan 5 buah sekaligus. Itulah hebatnya emas memegang nilai.


Kita boleh kiaskan kepada apa saja benda seperti rumah, tanah dan sebagainya. Simpan bentuk duit, nombornya saja yang bertambah, tetapi nilainya berkurangan.


Jika simpan dalam bentuk emas, walaupun gram tidak bertambah, nilai di belakangnya pasti akan bertambah tinggi seiring dengan pertambahan tahun.


#KAB

Belum daftar sebagai pelanggan KAB Gold?

Daftar PERCUMA sahaja!
Pastikan kod introducer KAB00004842
Isikan maklumat yang diminta.

Nak saya bantu daftarkan?
Tahniah, anda kini bergelar Gold Saver!

Bimbingan berterusan:

- Like | Komen | Follow | Share

0 Reviews: