fauzisabri.com

GOLD SAVER | GOLD ADVISOR

LightBlog

Emas sebagai simpanan Siapa selalu gagal menyimpan dalam bentuk wang, maka kena ubah cara simpan. Simpanlah dalam bentuk emas. Emas sebagai ...

Nota Emas 12: Pelbagai Fungsi Emas


Emas sebagai simpanan

Siapa selalu gagal menyimpan dalam bentuk wang, maka kena ubah cara simpan. Simpanlah dalam bentuk emas.


Emas sebagai aset

Emas adalah aset yang paling bermutu tinggi. Ia senang dibeli, mudah diuruskan, boleh dicairkan dengan cara jualan atau gadaian.


Emas sebagai harta

Uniknya emas ialah, walaupun gram tidak bertambah, nilainya meningkat secara jangka panjang. Ia adalah harta yang sangat berbaloi untuk dikumpul dan dimiliki.


Emas sebagai pengikat nilai

Sebab nilai matawang sentiasa menjunam, baik kita ikat ia dengan gram emas. Bila gram sudah tetap, nilai pula akan menaik secara jangka panjang.


Emas sebagai insuran

Memang betul, bila kita dalam kesusahan, emas seakan-akan menjadi insuran bagi kita. Lihat saja musim pandemik covid-19 ini, berapa ramai yang kehilangan pekerjaan?

Tetapi jika mereka ada menyimpan emas, maka senang bagi mereka untuk mendapatkan tunai segera. Tambahan pula harga emas naik meroket sejak PKP tahun lepas lagi, maka dengan sendirinya duit pemilik emas akan menjadi bertambah banyak.


Emas sebagai alat pelaburan

Sejarah tidak pernah menipu. 20 tahun dahulu, harga emas hanya sekitar RM40 segram.

Tetapi 20 tahun kemudian yakni sekarang, ia sudah pun mencecah angka RM300 segram.


Emas sebagai pengekal kuasa beli

Kuasa beli emas sangat besar. Ia mampu membeli barang yang sama berkali ganda lebih banyak pada masa hadapan.

Berbeza dengan duit. Jika semakin disimpan, semakin sedikit pula barang yang mampu dibeli dengan jumlah duit yang sama.


Emas sebagai aset berkualiti tinggi mudah dicairkan

Dalam bahasa Inggeris disebut sebagai High Quality Liquid Asset. Ia amat diperlukan oleh individu atau syarikat sebagai persiapan menghadapi risiko kecairan aliran tunai.


Emas sebagai modal pusingan

Orang berniaga atau bekerja sendiri memang perlu menyimpan emas. Manfaatkan emas dan arrahnu untuk mendapat modal pusingan segera.

Kemudian tebus semula emas tersebut apabila telah mendapat bayaran daripada apa saja perniagaan yang dimodalkan dengan duit pinjaman arrahnu itu tadi.


Emas sebagai alat perniagaan

Jangan ingat kita beli emas, kita tak boleh jual emas kita pada orang lain. Emas memang boleh dibuat jual beli atau kita panggil trading.

Beli, jual. Beli, jual. Beli, jual kepada sesiapa saja. Ini bergantung kepada demand and supply dan willing buyer willing seller.

Kena pulak design yang limited dan nombor siri yang menarik. Semua itu boleh menghasilkan pulangan yang lumayan.


Emas sebagai pengubah tabiat buruk

Bila kenal emas, dengan sendirinya tabiat membazir dapat dielakkan. Kita mula berkira-kira setiap kali hendak membeli barang kemahuan dengan membandingkan harga barang tersebut dengan gram emas yang kita boleh dapati jika membeli emas.


Emas sebagai sumber zakat

Bila simpan emas, kita akan mudah ingat untuk membayar zakat. Bila simpan duit, tak ingat pun kita untuk bayar zakat. 

Padahal keduanya pun sama, mesti dibayar zakat bila cukup haul dan nisabnya.

Nak kenal orang kaya dengan duit agak susah. Tetapi orang yang simpan 85 gram selama setahun, merekalah orang kaya sebenar kerana sudah tiba masanya mereka mengeluarkan zakat emas.


Emas sebagai hantaran atau maskahwin

Bagi duit, sehari saja sudah habis licin. Bagi emas, InsyaAllah akan tahan beberapa keturunan lamanya.


Emas sebagai sumber pelbagai kebaikan

Emas bertambah, harta turut bertambah. Selain daripada zakat, sedekah, wakaf, hadiah dan sebagainya boleh dilakukan oleh orang yang memiliki emas.

‘If you want an alternative currency, check out gold. It has stood the test of thousands of years as a store of value and medium of exchange’ - Paul Singer.

#KAB #KABGOLD

Belum daftar?
masukkan Kod Introducer KAB00004842
dan isi maklumat yang diminta.

Kalau nak saya bantu daftarkan?

Bimbingan berterusan: bit.ly/NotaEmasFS

Ingat emas, segalanya di KAB Gold.
- Like | Komen | Follow | Share -

0 Reviews: